Tuesday, 24 January 2012

TUDIAA!! PAS KEDAH MEMBISU BILA OSTAD JIJAN DIKEJI




Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.


Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu.

"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.

Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya.

"Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.

Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.


MTK
APA DAH JADI NI OSTAD??SAMPAI PUAK2 SAMM BOLEH BALUN NI?MANA PI URUSETIA PENERANGAN PAS KEDAH YG PALING HEBAT TU??TAKKAN DIAM SAJA KOT??HAHAHA,PADAN MUKA HAMPA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive