Thursday 22 December 2011

TUDIAAA !!!! NIK NAZMI PUN NAK CARI MAKAN JUGAK KA??

FITNAH NIK NAZMI 10 JUTA BUAT BLOGGER UMNO





Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.



“Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin PakatanRakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,”

“Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.

Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.

MTK CILOK DARI BLOG MPP


DAH TERDESAK SANGAT KE NIK NAZMI NI?KESIAN KAT PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN NI.SAHAM LIDAH RASMI DAH TAK LAKU RUPANYA SEBAB TU DIA BUAT FITNAH NAK BG SAHAM NAIK BALIK..WOI NIK NAZMI MANA PERGI BAJET PUBLISITI SELANGOR 15JUTA TU?BACA PENDEDAHAN LEBIH LANJUT DISINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive