Wednesday 21 December 2011

HENTAM SAMPAI HANGGIT !!! HASSAN ALI TERUS MEMBOGELKAN PAS







"Saya terkejut Mustafa Ali dan Mahfuz Omar terus menerus menyerang saya." Demikian dakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali memberi reaksi balas terhadap serangan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agung dan Naib Presiden PAS baru-baru ini.

Beliau dengan nada kecewa mendakwa, tindakan tersebut amat tidak profesional. Malah tindakan kedua-dua Pemimpin itu kata beliau menggambarkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau selaku Exco

Hassan Ali turut menjelaskan beliau ada bukti dan fakta bahawa terdapat ramai Penyokong PAS di peringkat akar umbi yang semakin ragu-ragu dengan perjuangan Parti.

Hassan Ali membuat penjelasan demikian dalam Sidang Media yang sedang berlangsung di rumah beliau hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, YB. Datuk Mahfuz Omar membuat kenyataan tidak mempunyai masalah jika Hassan Ali mahu meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

"Hasan mahu keluar parti, silakan. Terpulang pada dia."

Turut mengkritik beliau Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali yang menganggap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu terperangkap dengan agenda jahat UMNO.

Kritikan kedua-dua Pemimpin PAS itu dibuat susulan reaksi Hassan Ali yang membuat beberapa perlaksanaan yang tidak disenangi beberapa rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR termasuklah mendakwa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperkasa Perpaduan Islam dan Melayu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive