Friday 23 December 2011

HAIYAAA !!! PAS DAH MULA CANTAS PKR UNTUK KERUSI KOLA KEDAH




Krisis yang terbaru Pakatan Rakyat di Kedah!

Mc difahamkan sekumpulan rombongan Pkr negeri, mengadap Anwar, merayu agar Ahmad Kassim ahli parlimen Kuala Kedah sekarang, tidak di calonkan semula untuk PRU ke 13 nanti. Atas alasan Ahmad Kassim tidak buat kerja, langsung tidak pedulikan rakyat di Parlimen Kuala Kedah.

Sedangkan pada waktu yang sama ada puak Pkr yang lain sedang melobi sakan agar Ahmad Kassim di kekalkan sebagai calon. Biasa la puak bodek la tu..


Rombongan Pkr negeri Kedah itu, sebenarnya di dalangi oleh Pas, yang mahu kawasan parlimen Kuala Kedah di serahkan semula kepadanya.

Kerajaan negeri dikatakan menyokong tindakan rombongan Pkr, dengan alasan Ahmad Kassim tidak bertanggung jawab dan memalukan imej kerajaan negeri.

Dahulu parlimen Kuala Kedah adalah kerusi Pas, sebelum di serahkan kepada Pkr pada PRU ke 12.

Kini Pas Kedah mahu menuntut semula kerusi tersebut dengan cara menyebarkan tohmahan bahawa ahli parlimen Pkr sekarang tidak buat kerja.

Tetapi memang pada realitinya, Ahmad Kassim tak buat kerja pun. he he..

Nampak sangat, Pas dan Pkr di Kedah ni celaru dan haru biru.. patutlah Pengarah Penerangan Negeri Kedah kata "Pkr ni parti celaru" memang betul lah..

Bila mereka saling berperang sesama sendiri, kita jadi orang tengah tepuk tangan dan tukang sorak pun ok..

Ini baru Pkr dan Pas, apa cerita pula dengan 4 kerusi tuntutan Dap di Kedah.

Parti mana yang harus korbankan kerusi? Pas ke Pkr?



BACA SELANJUTNYA DI TEAM MEDIA KEDAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive