Friday 1 August 2014

PANASS !!! PKR CUBA BUAT RAMPASAN KUASA KATA DR ZUHDI




Ini sudah jadi lain macam... nampaknya ugutan dan cubaan dua tiga kerat pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim membocorkan kandungan WhatsApp untuk mengertak Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki nampaknya tak jalan.

Bos think tank PAS itu memang diketuai umum agak tidak senang dengan gerak-geri Anwar dalam soal penukaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pada Rabu, walaupun dikecam DAP dan PKR selepas mesej WhatsApp bocor Dr Zuhdi tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Abdul Khalid.

Terbaharu Dr Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan PKR akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini.

“Sekali kita mencipta budaya baharu…turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat.



“Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. Hinggakan kepentingan rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik,” katanya menerusi akaun Facebooknya Rabu.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Tambah Dr Zuhdi, PKR yang menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mencontohi amalam demokrasi dalam usaha untuk menurunkan pemimpin.

“Berikan mandat kepada beliau (Abdul Khalid) walaupun ada perkara yang kita tidak suka selagi beliau tidak menyeleweng dan rasuah.

“Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain. Bukankah ini tatacara yang lebih teratur dalam mengikut budaya demokrasi,” katanya.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat, berkata Abdul Khalid Ibrahim perlu diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.

Tegasnya, ia selaras dengan satu hadis Nabi yang menyeru umat Islam mentaati pemimpin "selagi tidak disuruh kepada maksiat".

"Demikian juga dalam kes Khalid Ibrahim, mari kita jadikan hadith itu panduan.

"Berikan mandat kepada dia, walaupun ada perkara yang kita suka dan ada perkara yang tidak suka, selagi mana dia tidak menyeleweng dan rasuah.

"Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain," tulisnya

Sejak Isnin lalu, nama Dr Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan AJK PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Menerusi mesej paparan skrin yang disebarkan itu, Mohd Zuhdi memberi analisis senario bagaimana PAS boleh membentuk kerajaan negeri Selangor baharu dengan kerjasama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, milik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan satu kerusi tambahan milik Adun PKR-Agenda Daily

2 comments:

IdrisMdIsa said...

Dr Zuhdi tak perlu apologetic. Itulah yg sepatutnya dilakukan untuk mengajar DAP/PKR. PAS mesti keluar dari tahaluf SIALsi dengan puak2 kafir harbi tu

Anonymous said...

Sepatutnya dah lama PAS berkira2 utk melarikan diri dari sifat tamak dan haloba yg dipelajari dari PAKATAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive