Friday 1 August 2014

DAP KATA PAS AKAN LENYAP DI SELANGOR KALAU PRN SELANGOR DIADAKAN




Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami ‘kekalahan besar’ sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.



Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno,” kata Pua

2 comments:

Anonymous said...

Firasat aku, klu PAS keluar pakatan, join BN dan semua penyokong PAS mengubah sokongan kpd regu baru, PAS masih boleh kekal berkuasa tp bersama regu yg berlainan yg aku rasa lbh baik natijahnya. Pembhggn kerusi boleh bincang, bahkan aku yakin regu baru bakal melupuskan pkr dan mengurangkan jumlah besar kerusi DAP di S'gor.

Anonymous said...

Terbaik!!! Kurangkan kerusi DAP dan lebihkan kerusi melayu PAS dan UMNO. Hidup islam dan melayu. Bersatu TEGUH bercerai ROBOH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive