Saturday 2 August 2014

AMIRUDDIN TERLUPA ARAHAN KOSONGKAN TAPAK PASAR MALAM PANTAI JOHOR DIKELUARKAN KETIKA PAS MENJADI KERAJAAN



Semalam kecoh pasal isu Pasar Malam Pantai Johor, tak dinafikan pasar malam Pantai Johor sudah lama beroperasi. Ia merupakan tapak pasar malam sementara sebelum menunggu tapak pasar sebenar siap dibina dan dipindahkan untuk kekal beroperasi. Kalau dulu, negeri Kedah ni negeri yang agak lembab ekonominya, soo kereta pun tak banyak.

Tapi lanie dah beza, jalan sudah diperbesarkan, tetapi ianya gagal menampung kesesakan lalulintas di jalan-jalan utama. Akibat daripada kesesakan tersebut, dikenalpasti ada diantara pasar malam tepi jalan menjadi punca utama. Termasuklah salah satunya pasar malam Pantai Johor.




Diatas sebab demikian, arahan dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk pepindahan pasar malam tersebut. Malah notis yang dikeluarkan oleh MBAS itu disokong oleh Menteri Besar Kedah untuk penutupan dan perpindahan.

Maka tarikh tamat notis tersebut adalah pada 1 Ogos 2014, penutupan dan perpindahan pasar malam Pantai Johor diberi notis 24 jam semula pada 31hb Julai 2014 dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2014 berpandukan arahan pada notis mula-mula dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBAS dan Menteri Besar Kedah.

Selepas kecoh dan riuh rendahnya penutupan pasar malam Pantai Johor, Pas Kedah yang diketuai oleh YB Amirudin, adun Anak Bukit (kaki sapu bini orang) menjadi hero kononnya BN Kedah kejam, zalim, jahat dan segala macam lagi depa bubuh nak bagi nampak BN Kedah ni tak elok.

Jika anda baca balik tulisan diatas, anda mesti nampak arahan dari Menteri Besar Kedah. Arahan awal dan notis awal dikeluarkan oleh Datuk Bandar Alor Setar atas arahan Menteri Besar Kedah Allahyarham Ustaz Azizan Razak (bukan Mukhriz Mahathir). Notis awal tersebut dikeluarkan pada 4 tahun lepas, semasa perancangan awal untuk mengubah pasar malam terbabit ke tapak baru yang hanya beberapa meter dari tapak asal.

Arahan perancangan penutupan dan perpindahan tapak pasar malam Pantai Johor dilakukan oleh Pas Kedah dibawah kuasa Menteri Besar Allahyarham Ustaz Azizan. Pihak MBAS boleh mengesahkan perkara ini, kerana ia berpandukan pada notis awal. Jika tak percaya boleh semak dengan YB Phahrolrazi, beliau merupakan EXCO PBT zaman Pas Kedah dulu.

BACA SELANJUTNYA


1 comment:

Anonymous said...

Kalau nak hentam seseorang tu jangan sampai dedahkan kejahilan kita. Cakap macam oeang x de agama. Baru lepas puasa dan dalam suasana raya dah kata yg bukan2. Ya Allah berikan kesedaran pada umat Mu yg sorang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive