Sunday 20 July 2014

PM DAN ISTERI SEBAK KETIKA MELAWAT KELUARGA MANGSA #MH17



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa kira-kira dua jam bertemu waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Pertemuan dalam bilik taklimat di sebuah hotel di sini diselubungi suasana sayu dan menyentuh perasaan apabila beberapa waris tidak dapat menahan kesedihan dan menangis ketika bertemu pemimpin negara itu.

Najib dan Rosmah dilihat menemui waris setiap 24 keluarga yang ada di situ secara peribadi dan memberi perhatian penuh ketika mendengar kisah mereka.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.



Dalam sidang berita kemudian, Perdana Menteri menyifatkan pertemuan itu sebagai ‘membawa dimensi kemanusiaan yang menyentuh perasaan’.

“Bila saya jumpa dengan ahli keluarga, baru kita dapat perspektif dari sudut individu, dari sudut yang melibatkan unit keluarga dan ini membawa satu perspektif yang mana kita dapat melihat secara dekat pada peringkat individu.

“Jadi, ada yang menyentuh perasaan dan emosi saya bila saya jumpa ahli keluarga dan mendengar cerita mereka, betapa sedih pilu perasaan mereka,” katanya.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. – BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Dah mula dah lakunan dan airmata buaya PM dan FLOM. Masa MH370 dulu lepas berlakun teresak2 menangis bersama2 keluarga mangsa sebentar lepas tu nampak mereka sekeluarga dgn muka girang membelih belah. Ini bukan menuduh tetapi itulah hakikat yg mereka berdua amalkan semala ini. Cukup2lah lakunan awak ber2. Kami rakyat lebih menghargai jika PM membuat pengumuman meletakkan jawatan dan simpan aja airmata buanya awak ber2.

Anonymous said...

Semoga Allah melindungi kita dari fitnah ini terutama dlm bulan yg mulia ini. Anom 5:22, bertaubat lah sementara nyawamu masih ada.

Anonymous said...

Anon 06:19 Awak pun bertaubatlah dari menyokong manusia2 munafik sbab dosa munafik mereka akan dipikul bersama sementara nyawamu masih ada.

Anonymous said...

Sebaklah konon.. Harap raya ni Ah Jib Gor dan bininya Semah tak akan berpesta-pestaan berjoget menari, menyanyi terlalak2 tak ingat dunia dah macam tempayan dan tong drum menari. Ini bukan fitnah ya.. jgn salah sangka sbab kami melihat video mereka joget terkinja2, terlalak2 setiap Raya yg lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive