Monday 21 July 2014

KERAJAAN KEDAH AKAN BANTU KELUARGA MANGSA NAHAS #MH17



Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga kru dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berasal dari negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, bantuan itu sebagai tanda simpati dan rasa sedih kerajaan negeri terhadap insiden terbabit.

Katanya setakat ini pihaknya mendapat maklumat terdapat dua mangsa insiden itu merupakan anak Kedah.

"Kerajaan negeri merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat dan semoga mereka tabah menghadapi ujian yang besar ini. Kita akan menghulurkan bantuan sewajarnya termasuk sokongan moral kepada keluarga terlibat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini hari ini.

Seorang daripada mangsa adalah pramugari pesawat MH17 Azrina Yaakob, 41, yang berasal dari Kampung Kelompang, Alor Mengkudu dekat Alor Setar.



Seorang lagi mangsa dari Kedah adalah kru teknikal pesawat tersebut Eugene Choo Jin Leong, 45, yang berasal dari Jalan Kolam Air, di sini.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mengibarkan bendera negeri dan Persekutuan separuh tiang di semua bangunan kerajaan selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan atas tragedi itu.

Beliau turut meminta agar semua rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik bersatu bagi menuntut keadilan terhadap insiden itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive