Wednesday 25 June 2014

SATU LAGI PEMBANGUNAN UNTUK ISLAM DI KEDAH @MukhrizMahathir



Institut Al-Quran Negeri Kedah disaran menjalin kerjasama dengan pusat-pusat pengajian awam di negara ini bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional yang terdiri daripada huffaz (penghafal Al-Quran).

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerjasama itu melibatkan penerimaan pelajar institut itu untuk menyambung pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perakaunan.

"Perkara ini boleh dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa subjek teras seperti fizik, matematik tambahan, perakaunan, bahasa Inggeris dan sebagainya yang kemudiannya boleh dipindah kredit bila menyambung pengajian di peringkat ijazah.



"Saya dimaklumkan kini Institut Al-Quran Negeri Kedah sedang berkerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang pengajian kenegaraan," katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Graduan Maahad Tahfiz Al-Quran di Seri Mentaloon di sini Isnin.

Beliau berkata jika kolaborasi itu dapat direalisasikan, pelajar lepasan Institut Al-Quran akan dapat menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan atau perakaunan, sekali gus akan ada golongan huffaz yang profesional.

"Saya berasa amat bangga kerana di Kedah khususnya, kita dapat melihat institusi-institusi tahfiz ini tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk negeri.

"Kerajaan negeri tidak melepaskan peluang untuk membela para pencinta kalam Allah ini, dengan melaksanakan pelbagai inisiatif demi melihat Al-Quran sentiasa di hati umat Islam khususnya rakyat negeri Kedah," katanya.

Institut Al-Quran Negeri Kedah sebelum ini dikenali sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran, berada di bawah pengurusan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive