Saturday 14 June 2014

MALUNYA PAS ADA KETUA PEMUDA MACAM MAMAT NIE




Ketika golongan penoreh getah baru hendak menarik nafas lega mendengar bantuan RM500 susulan kejatuhan harga getah seperti diumumkan pada Rabu, PAS seperti biasa akan memperkecilkan langkah kerajaan membantu rakyat di negara ini.

Mahu tidak, sikap prihatin kerajaan terhadap penoreh yang menderita akibat harga getah skrap menjunam di bawah RM2 sekilogram menyebabkan PAS macam cacing kepanasan.

Sebelum ini, pemimpin parti itu juga yang sanggup buat perhimpunan di Baling mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi membela nasib penoreh getah.

Mereka cuba berlagak hero sedangkan di Dewan Rakyat sebelum itu, beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dari Kedah sudah mengusulkan kepada kerajaan melakukan sesuatu bagi membantu nasib pekebun dan penoreh getah.



Rintihan rakyat dan wakil mereka di Parlimen tidak diabaikan apabila Menteri Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah.

Malah beliau berkata, kerajaan juga sedang mempertimbang mekanisme menentukan harga getah pasaran.

Bagaimanapun, berita gembira itu tidak boleh diterima pemimpin PAS kerana mereka tahu, langkah kerajaan itu akan menghakis sokongan terhadap PAS yang hanya tahu berkokok.

Sebelum inipun, PAS juga yang bising ketika Felda melalui FGV masuk pasaran saham.

PAS juga yang menentang dan buat macam-macam certia termasuk mengatakan Felda akan bangkrap tetapi kini, peneroka Felda menikmati hasil penyenaraian tersebut setiap tahun.

Sebab itu pada PRU 13 lalu, cengkaman PAS di kawsan Felda semakin longgar dan apabila harga getah menjunam, mereka cuba berlagak hero kononnya mahu mempertahankan nasib pekebun getah.

Sepatutnya Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat belajar kesilapan rakannya Mazlan Aliman dalam isu penyenaraian FGV.

Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan dalam erti kata lain berkata, langkah itu hanya memperbodohkan dan mempermainkan penoreh getah.

“Kamu harus belajar dari (pelakon pupular) Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dengan 40 Penyamun.

“Buah dadu tak boleh dibuka lebih dari sekali pusingan. Kamu tipu rakyat sekali lagi dengan RM500, rakyat akan semakin membenci kamu!” katanya.

Dalam filem arahan dan lakoran Tan Sri P Ramlee itu, terdapat babak popular menunjukkan Ibrahim (yang melakonkan watak Sarjan) menipu wang orang ramai menggunakan dadu.

Bagi mengelakkan perkara itu terbongkar dan disedari orang ramai, Sarjan hanya akan membuka perjudiannya itu sebanyak tiga kali sahaja.

Malah Suhaizan berkata, langkah terbaru kerajaan itu melambangkan keterdesakan BN selepas himpunan besar-besaran di Baling yang menyatakan kemarahan penoreh ekoran menjunamnya harga getah skrap sehingga RM1.90 sekilogram.

Cerita buah dadu yang digambarkan Suhaizat sebenarnya menggambarkan watak PAS yang sebelum ini mengkritik Felda dan kini menganggap bantuan RM500 itu sebagai ‘gula-gula’ seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Jika PAS lebih hebat daripada kerajaan, cubalah beri bantuan kepada penoreh terbabit dengan menambah bantuan selain RM500 diberikan kerajaan.

Sekiranya, tidak mampu, cukup-cukuplah PAS jadi ayam jantan yang hanya berkokok tetapi ekor bergelumang najis.

Atau PAS patut malu ada Ketua Pemuda seperti Suhaizan yang hanya tahu cari publisiti murah atas penderitaan penoreh getah.

Kerajaan tentu tidak akan membiarkan nasib pekebun, nelayan mahupun penoreh yang banyak membantu menjana ekonomi negara. Andai hari ini harga getah jatuh, tidak bermakna kerajaan akan membiarkan nasib penoreh begitu sahaja. – bnbbc.my

5 comments:

Anonymous said...

Paling sial sekali..wahai Ketua Pemuda PAS cuba tunjukkan satu sahaja bukti yg parti awak tu pernah tolong menyelesaikan masalah rakyat...dasar anjing yg pandai menyalak aje..jaga kebun tak bolih..

Anonymous said...

Tak menyalak poket tak berisilah.

Anonymous said...

Bodoh sombong la mamat kiat ni. Tahap tu je ker kp pas oi.

Anonymous said...

Aku selalu tengok PAS ni selalu menyalahkan pihak lain sahaja bila terjadi sesuatu <dah macam DAP lah pulak

Anonymous said...

Tak lama lagi N.Ajis akan keluar fatwa penerima bantuan RM500 sebagai unta dan kambing gurun & menamakan BN sebagai perasuah. Manakala kes "sedekah" tanah rakyat sebanyak 3000 hektar kepada 2 ekor cina Perak buat2 lupa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive