Friday, 30 May 2014

#PRKTELUKINTAN !! PERKASA TAK JADI ISU, TAPI ISUNYA KENAPA MENIPU KETIKA SIDANG MEDIA ??




Isunya bukan mengenai sama ada ibu calon DAP bagi PRK Teluk Intan Dyana Sofya iaitu Puan Yam@Yammy Samat menjadi ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa atau PERKASA.

Orang ramai khusus pihak media tidak pernah mempertikai atau menjadikan isu tentang keahlian Yammy sebagai ahli UMNO ataupun PERKASA. Kerana semua orang tahu dia belum pernah meninggalkan UMNO.



Isunya di sini ialah mengenai kenyataan Dyana Sofya bahawa ibunya tidak pernah menyertai Pertubuhan PERKASA.

Mengapa dia sanggup memperdaya orang ramai khusus ahli-ahli DAP dengan kenyataan begini?. Tidakkah dia sedar sebagai ahli politik serta berjawatan sebagai seorang peguam, dia dituntut berjawab benar.

Sebarang penipuan boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai ahli DAP dan juga sebagai seorang peguam.

Sejak awal jika kita ikuti pihak media agak skeptis untuk mempercayai kenyataan dibuat Dyana bahawa Yammy tidak menyertai PERKASA.

Yang menghairankan satu dunia tahu cerita ini tapi Dyana berlagak macam tidak tahu pula. Sebaliknya Dyana beria-ria menafikan kenyataan ini mungkin takut tindak balas dari DAP yang sememangnya anti PERKASA.

Dyana begitu berani membiarkan kenyataannya disiar oleh Malaysiakini melalui satu ulasan sebelum isu ini menjadi panas semula.AgendaDaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive