Thursday 29 May 2014

ATLET LUMBA BASIKAL NEGARA NYARIS MAUT




Atlet lumba basikal negara Kimberly Yap cedera dalam satu kemalangan di Penchala Link ketika beliau mengayuh basikal pulang ke rumahnya hari ini.

Menurut laporan Mstar Online, basikal yang ditunggangi Kimberly yang juga pemenang pingat emas pada temasya Sukan Sea, dirempuh dari belakang sebuah kereta dipercayai sebuah Toyota Harrier.

Kimberly dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk mendapat rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Laporan imbasan CT menunjukkan tiada kerosakan pada organ pentingnya.

Menurut doktor, Kimberly mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis.

Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 pagi selepas beliau mengayuh basikalnya melepasi sebuah terowong –Mstar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive