Tuesday 15 April 2014

KANTOI !!! HADI AWANG DAH SIGN PERJANJIAN SULIT TIDAK AKAN SESEKALI LAKSANA HUDUD ??




Ini macam kena main... atau orang kata kena game... PAS rupa-rupanya tidak boleh laksana Hudud kerana sudah menandatangani perjanjian untuk tidak berbuat demikian sebelum PRU13 lalu... ketika mengharapkan sokongan bukan Islam kepada parti itu.

Berikutan itu, PAS kini dilihat keseorangan dalam mencapai hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila terus mendapat tentangan daripada PKR dan DAP.



Ini berikutan PAS terikat dengan janji yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang itu antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud demi menghormati penentangan konsisten yang dibuat oleh DAP berhubung pelaksanaan hukum tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian tersebut kekal selagi belum ada apa-apa penjelasan daripada PAS untuk menguatkuasakan hukum Islam itu di Kelantan.

Menurut beliau, PKR akan menunggu keputusan mesyuarat Biro Lajnah Politik PAS yang akan membincangkan perkara berkaitan pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat sebelum pimpinan tertinggi PKR membuat ketetapan.

“"Saya difahamkan perkara tersebut telah dibincangkan di peringkat PAS Pusat dan kemudian dibawa kepada biro politik yang masih belum bermesyuarat tetapi belum ada keputusan jelas bagaimana proses itu akan dijalankan.

“"Sehingga kita jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh PAS dengan enakmen ini barulah PKR akan bawa perkara ini kepada perbincangan peringkat tertinggi parti," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pada Isnin.

Manakala dalam satu kenyataan DAP memberitahu, kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan itu juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Kerajaan PAS Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

Sebelum ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Dalam pada itu, Lip Eng berkata, sokongan satu pertiga daripada 222 Ahli Parlimen diperlukan untuk mencabar rang undang-undang itu.

Katanya, ketika ini 50 Ahli Parlimen sudah berada di pihaknya untuk menentang hukum hudud.-AgendaDaily

3 comments:

Anonymous said...

Dah kene main je rupenye ngan adi and de geng. Kuase nye pasal, die dah deal rupenye. Ape ler punye "tok guru" ni ? Dulu bukan main dok ngapirkan org.

Anonymous said...


Malaysia ini kan NEGARA ISLAM di mana ISLAM adalah Agama Persekutuan - jadi apahal perlu meminta KEBENARAN si KAPIRDAJALDAPBANGKAI/MCA-GERAKAN-MICDALANGDUAMUKA dll, utk. melaksanakan HUKUM ISLAM berdasarkan undg-undg SYARIAH?

Aku syak habis ulama-ulama TULEN dlm PAS diBUNUH seorg. demi seorg - disyaki diracun, termasuk yg. boleh sebabkan lemah jantung/kanser dsbnya - oleh si KAPIRDAPBANGKAI/PKRPELIWAT (yg. merupakan ejen Barat-ZIONIS dan racun kimia utk sebabkan kanser/lemah jantung adalah MO biasa Barat-ZIONIS)!

Dan dah tiba masanya undg-undg SYARIAH dibuat menjadi lebih berkuasa dr. undg-undg KAPIR Barat-ZIONIS!
Apahal Malaysia sbg. NEGARA ISLAM, nak TUNDUK-mcm-KULI pd falsafah dan undg-undg "demokrasi/hak asasi/kebebasan mutlak" LIBERAL SAMPAH si KAPIR Barat-ZIONIS! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang KAPIR Barat-Zionis yang 'terbaik' - sedangkan gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. Awam/ketagihan dadah,-alkohol-perjudian/MEROGOL BINATANG dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu, terutamanya jenerasi muda kita (lihat pesta dadah tempoh hari)!

Lihat akhbar(ANTI-ISLAM) di http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2561478/Miley-Cyrus-gives-away-gold-leaf-rolling-papers-wearing-marijuana-leaf-leotard-Bangerz-tour-Canada.html , Miley Cyrus gives away rolling papers made of GOLD before wearing marijuana leaf leotard on Bangerz tour in Canada, By Daily Mail Reporter, 17 February 2014; dan di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html , Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013 !

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Pelik sungguh ... Hukum Allah kita kena lulus. Kita dengan Allah sapa besar heh...Sepatutnya hukum Allah tidal ada siapa pun berhak melulus melainkan DIA sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive