Tuesday, 4 February 2014

TAK SAMPAI 24 JAM ANWAR UBAH KENYATAAN !! MEMANG PARIA CHEROK TOK KUN LAH SI KUTTI NIE !!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan cuba memperbodohkan rakyat apabila bertindak menafikan pula bahawa beliau mengadakan rundingan dengan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh.

Penafian itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas mengakui ketika berceramah di hadapan kira-kira 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh, Pulau Pinang, bahawa strategi mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan beliau bertanding adalah hasil rundingan.



Namun pada malam ini, ketika sesi penjelasan kepada penduduk di Kajang, Anwar mendakwa beliau hanya menemui Chin Cheh beberapa jam sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Saya hanya sempat jumpa beberapa jam sebelum beliau (Chin Cheh) serah surat letak jawatan. Tiada rundingan dengan beliau tetapi sudah tentu saya kena hormat keputusannya bagi membolehkan saya bertanding," katanya Anwar di Taman Mesra Kajang di sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pemimpin tempatan DAP serta Pas.

Dalam pada itu, Anwar terus berdolak-dalik mengenai persoalan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, tetapi pada masa yang sama mengakui kepemimpinan Abdul Khalid tidak memiliki kekuatan politik.

Jelasnya, dari sudut pencapaian ekonomi, kepemimpinan Abdul Khalid memang membanggakan tetapi belum cukup kuat untuk berdepan cabaran politik semasa yang dakwanya sedang dirancang dan digerakkan Barisan Nasional (BN) bagi merampas semula Selangor.

"Ramai orang tanya apa akan berlaku selepas ini. Saya jawab biar menang dulu lepas itu kita akan pergi satu persatu. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid kerana berjaya mengurus ekonomi Selangor dengan cemerlang melalui sikap jimat cermat dan berhemahnya," katanya.

"Tapi kita sekarang berdepan cabaran realiti politik semasa yang cukup hebat dan untuk mengekalkan Selangor dan menjadikan negeri ini sebagai batu loncatan untuk menawan Putrajaya dalam masa empat tahun lagi, kita memerlukan pasukan kepemimpinan yang lebih mantap," ujarnya-UM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive