Thursday, 6 February 2014

KAKI KELEPEK DUIT JUGAK KE SI TERESA PORK NIE !!



Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini tampil membuat dakwaan bahawa Teresa terlibat dalam penyelewengan duit DAP.

Lelaki berkenaan, Tony Tan, bersama bekas pengerusi cawangan Seputeh, Wong Choo Chieang antara lain mempersoalkan isu penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU13 lalu di mana modalnya sebanyak RM40,000 dikeluarkan dari akaun parti, bagaimanapun Teresa mengatakannya hasil tajaan pihak tertentu.



Menurut Tony, patung berkenaan dijual dengan harga RM20 sedangkan kos hanya RM6 sahaja bermodalkan RM40,000 duit akaun parti.

“Jadi saya mahu persoalkan ke mana hasil jualan dan jika benar modal yang dikeluarkan adalah hasil tajaan, siapa yang menaja? Dan mengapa Choo Chieang mengakui ada mengeluarkan kos berkenaan dari akaun parti,” katanya.

Tony juga mahu Teresa bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan memberikan penjelasan.

“Sebelum ini dia sering menafikan kenyataan yang saya buat, setelah dia mendakwa saya dipecat kerana menyalahgunakan wang, sedangkan saya telah letak jawatan.

“Saya cabar dia saman saya, dan saya akan bawa perkara ini untuk laporkan kepada ROS dan SPRM minggu depan,” katanya.

Dalam pada itu, Choo Chieang berkata, dia tidak pernah mengetahui bahawa patung berkenaan telah ditaja namun mengakui pernah menandatangani cek bernilai RM40,000 kepada satu pembekal.

Dakwanya, perkara itu dinyatakan Teresa dalam satu mesyuarat ‘post-mortem’ yang dipengerusikannya (Choo Chieng) pada 21 Jun 2013.

Sementara itu, Teresa memberitahu Sinar Harian bahawa semua kenyataan yang dibuat Tony adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, secara terbuka dia tidak gentar dengan laporan yang akan dibuat kepada ROS dan SPRM keran yakin dengan ketelusan gerak kerja yang dilakukan.

“Semua penyata kewangan parti diaudit oleh juruaudit yang bertauliah, jadi pada saya kenyataan yang dibuat adalah tidak berasas.

“Tony sebelum ini juga sering kacau bilaukan hidup saya dengan pelbagai tuduhan setelah dipecat kira-kira 9 tahun lalu kerana penyelewengan wang yang dibuat.

“Tindakan saman malu juga telah diambil terhadapnya kira-kira dua tahun lalu dan mahkamah telah mengarahkan untuk dia membayar saya RM200,000 namun dia enggan terima keputusan.

“Jadi jika ditanya tentang tindakan saya selepas ini, pada saya dia akan bankrap kerana dia hutang saya,” katanya.SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive