Wednesday 1 January 2014

PANASS !! KONSULTAN YG DILANTIK NAJIB FITNAH DBKL ??



BEKAS pelakon Wardina Safiyyah pada 30 Disember lepas, dalam laman Facebook rasmi beliau menuduh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membazir wang dengan membelanjakan RM15 juta untuk sambutan tahun baru adalah tidak benar dan tidak berasas.

Beliau yang juga Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) mungkin tidak meneliti kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang mengatakan bahawa RM15 juta diperuntukkan untuk acara sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014 termasuk ketibaan tahun baru.




Ini bermakna ia adalah peruntukan wang untuk acara sepanjang setahun bukannya hanya untuk sambutan Ambang 2014 sahaja.

Kenyataan Wardina yang tanpa usul periksa itu telah menyebabkan kemarahan rakyat yang tanpa sebab yang berteriak pertunjukan bunga api bernilai RM15 juta pada sambutan ambang semalam di Dataran Merdeka.

Kebanyakan yang berteriak ialah mereka yang menyertai perhimpunan haram ‘Turun’ semalam yang membabitkan sekitar 6 hingga 8,000 orang.

Keberanian Ahmad Phesal semalam juga memang dikagumi kerana sanggup berucap dalam kegelapan pentas menasihati para pemprotes supaya terus mempertahankan keamanan dan ketenangan di Dataran Merdeka sepanjang sambutan tahun baru.

Wardina sebagai seorang artis yang pernah berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik sekarang ini sepatutnya lebih peka untuk tidak membuat tuduhan melulu sebegitu kepada pihak DBKL.



Biarpun Wardina mengatakan bahawa beliau tidak menyokong ideologi mana-mana parti tetapi apabila kenyataan demi kenyataan hanya seperti dilihat menempelak semua pihak di belah kerajaan, adakah boleh kita mempercayai kata-kata Wardina yang beliau bukan menyokong pembangkang.

Sebagai MKPN, kita berharap selepas ini Wardina akan lebih berfikiran sebelum mengeluarkan kenyataan pedas sebegitu rupa kerana malunya bukan terpalit pada orang lain, pada batang hidung Wardina sendiri juga akhirnya. – MYNEWSHUB.MY


MTK
Agak agak berapa elaun yang diterima oleh wardina untuk jawatan Ahli Majlis MKPN ye??

2 comments:

Anonymous said...

Nak syorkan wardina di keluarkan dari mkpn. Another CON.

mawar beracun. said...

Bertudung konon imej islam. Islam tahap mana kalau yang keluar dari mulut tu tak lain tak bukan fitnah semata. Buang je tudung tu. Laki dia boleh tahan bini mulut jahat muka tak malu camni. Islamik konon. Ptuih!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive