Exco Pendidikan Kedah diminta untuk berfikir panjang dengan cadangan untuk berpindah ke Kuala Ketil. Exco ini dilihat terlalu obses untuk berpindah setelah mendapat taklimat daripada pihak Kuin. Sebenarnya apa yang ditaklimatkan oleh pihak KUIN telah pun ditaklimatkan kepada bekas Menteri Besar dulu, Arwah Ustaz Azizan.
Sekarang ini oleh kerana proposal tu tak menjadi, maka proposal itu ditaklimatkan pulak pada Tajul Urus untuk dibentangkan pada MB. Benda yang sama nak berulang dan diulang... Skrip yang sama dan tindakkan sama juga diambil.
Skuad Bersih berkata demikian kerana orang yang membentangkan pada Tajul Urus adalah orang yang sama yang menjahanamkan kerajaaan negeri dulu iaitu Hj B. Tak kan kerajaaan Kedah sekarang nak jadi macam kerajaan dulu.??
haji B |
Dulu keadaan Kuin jadi kucar kacir kerana apa yang dirancang oleh beliau langsung tak menjadi. Asrama yang kata nak siap dalam 4 minggu langsung tak siap2 walaupun pelajar diberi cuti selama 7 minggu. Sekarang Tajul Urus dikatakan menjadikan puak2 ni sebagai tink tank beliau dalam Kuin.
Skuad Bersih tau Tajul urus tak berapa peka tentang Kuin masa Pru 13 dulu, jadi senang la puak2 tu masuk jarum sambil gorelng Tajul sampai hangit. Tajul Urus kena sedar mereka ni la yang merosakan Kuin dulu, la ni dia ambik puak2 tu sebagai penasihat. Kerajaan Kedah kena sedaq apa yang berlaku, jangan ulang kesilapan dulu. Tajul Urus perlu baiki kesilapan dan jangan hancurkan kerajaan yang ada sekarang.
Staf Kuin kini ingin mengetahui apa peranan Hj B dalam Kuin. Apa jawatan beliau dalam Kuin sehinggakan beliau boleh berjanji pada pihak Klinik Mahkota yang beliau akan menguruskan bayaran tunggakan bil Kuin pada klinik Mahkota secepat mungkin. Janji ini dibuat beliau pada 3 minggu yang lepas tapi hingga sekarang tunggakan bil rawatan di klinik Mahkota belum dijelaskan dan staf terpaksa membayar untuk mendapatkan rawatan.
Soalnya sekarang apa tugas Hj Besar ini di Kuin hingga beliau boleh berjanji demikian. Mungkin Rektor telah memberi jawatan yg lebih besar pada beliau selepas apa yg buat zaman Jamil berjaya ditutup.
Doktor di klinik mahkaota berkata ada orang atasan bernama Hj B telah berjanji akan selesaikan masalah bayaran bil rawatan tapi sampai sekarang sebarang bayaran tidak dibuat. Kita staf Kuin masih ingat jasa Hj Besar pada kita masa zaman Jamil dulu. Dia adalah salah seorang `failure` yg merancang bangunan Kuala Ketil yg menyebabkan nama Kuin tercalar.
Tapi beliau dilantik oleh Rektor baru untuk mengeruskan hal di Kuala Ketil. Cukuplah apa yang dia buat dulu masa zaman Jamil. Takkan tak dak orang lain yang boleh buat selain dia. Hj B patutnya tidak diberi sebarang jawatan dalam Kuin tunggu kontrak dia tamat sudah la. Umur pun dah nak expired. Rektor pun kena ambik iktibar atas apa yang berlaku dulu jangan sampai pisang berbuah dua kali. Kerajaan dulu dah terkena ta kan kerajaan barupun nak terkena jugak.
Email dari staff KUIN
Ini adalah kandungan email dari kakitangan KUIN yang tidak berpuas hati dengan tindakkan Exco Pendidikan Kedah iaitu Tajul Urus mengunakan khidmat makhluk perosak KUIN TOTOK PAS sebagai penasihat beliau tentang KUIN.. Makhluk perosak TOTOK PAS inilah bersama sama bekas REKTOR KUIN iaitu JAMIL menjahamkan KUIN ketika Pas mentadbir Kedah.. Kini Exco Kedah Tajul Urus pula mengunakan mereka sebagai penasihat.
Yang peliknya Adakah Tajul tak tahu mereka mereka ini adalah totok Pas yang bersama sama dengan Jamil menjahanamkan KUIN dulu ? Siapa tikam belakang siapa sekarang ni ? Tajul selaku Exco ditikam TOTOK2 Pas ini atau Tajul sepakat dengan mereka untuk tikam MB selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah ?
Jika banyak perkara yang dibuat sekarang membelakangkan MB, maknanya Exco harus bertanggungjawab segalanya.
3 comments:
Pas pegang puak ni kenyang mai BN pegang pun puak ni kenyang. Elok dah tajul tak terurus. Bodo punya exco. MB kena tukar exco ini.
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.73 bilion bagi tempoh suku pertama yang berakhir 30 November lalu, peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding RM1.42 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140124/ko_01/TNB-untung-bersih-RM173-bilion#ixzz2rH6wG1Oz
© Utusan Melayu (M) Bhd
kalu rugi org x marah .. ni untung bersih bilion2..nak naek lagi ka?? GLC kna tlg krajaan kurangkn beban rakyat.. patut kna turunkn la dah untung bk ..x gtu ka???
Exco masih bermimpi disiang hari hingga kemalam...pening lalat..@ memang pening
Post a Comment