Tuesday 19 November 2013

#VILLANABILA !! INILAH KEBURUKKAN MEDIA SOO 'SIAL' !!




Inilah antara salah satu keburukkan media sosial bila informasi tentang satu satu kejadian disebarkan dengan cara salah..

Pihak polis yang buat siasatan pun terpinga pinga dengan maklumat di media sosial dengan maklumat yang diperolehi di tempat kejadian..

Seperti apa yang berlaku di Villa Nabila, sekelip mata sahaja Villa berkenaan menjadi popular disebabkan berita khabar angin kehilangan sekumpulan 23 remaja selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.



Pelbagai versi dihebahkan kepada umum, ada yang hanya mendengar suara pertolongan bila azan dilaungkan tetapi tidak tahu arah suara berkenaan..

Tapi yang pastinya versi versi cereka berkenaan hanyalah direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan lagi keadaan..

Sehingga semalam, pihak Polis memaklumkan hanya seorang remaja lelaki sahaja dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi Villa berkenaan yang sudah lama terbiar..

Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majide sejak keluar pada Sabtu lalu.

Menurut rakan Mohamad Izzat,dia memaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi Villa Nabila.

Selepas gagal mencari Mohamad Izzat di Villa berkenaan, ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, kira-kira pukul 1 pagi..

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini.

Kes ini diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Setakat ini pihak Polis hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Villa Nabila menjadi popular selepas rumah tinggalan puluhan tahun itu tersenarai antara rumah paling berhantu dalam sebuah portal online di US..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive