Tuesday 19 November 2013

#VillaNabila !!! BUKAN HILANG TAPI MENYOROK DI RUMAH GIRLFRIEND



Baru saja tulis pasal keburukan media sosial dimana penyebaran khabar angin kisah remaja hilang di Villa Nabila pagi tadi di Sini .. Akhirnya terdedah juga kisah sebenar..

Rupanya Remaja yang dilaporkan hilang kelmarin selepas dikatakan masuk ke kawasan rumah banglo tinggal, Villa Nabila di Danga Bay di sini ditemui malam tadi dipercayai menyorok di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, di sini.



Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk direkod kenyataan.

Mengapa remaja itu bertindak demikian tidak diketahui tetapi pihak polis dijangka akan membuat sidang akhbar sebentar lagi.

Berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas tersebarnya kisah bahawa 30 orang remaja masuk ke Villa Nabila namun hanya 7 yang berjaya keluar dan 23 lagi hilang.

Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga berkenaan, polis telah mengadakan gerakan mencari di sekitar kawasan villa itu dan kejadian itu menarik perhatian masyarakat seluruh negara serta menjadi tajuk sensasi di media sosial sejak kelmarin.

Tindakkan remaja berkenaan sedikit sebanyak menyusahkan banyak pihak yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.. Aku harap kes seperti ini tidak berulang dan mengesa supaya pihak polis mendakwa si penyebar berita palsu ni..

SUMBER GAMBAR : BLOG MAZIDUL AKMAL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive