Inilah antara penyebab pas tersungkur di Kedah, semuanya berpunca dari kebodohan Mampoz omar yang ketandusan isu untuk berpolitik sampaikan kenyataan DPMM untuk jadikan Dun Sg Limau sebagai Dun angkat pun dijadikan sebagai 1 masalah bagi Pas..
Bila DPMM sebut nak jadikan Dun Sg Limau sebagai Dun angkat, Mahfuz dah meroyan kata DPMM hipokrit..Padahal semasa Allahyarham Ust Azizan sakit, adun adun Pas atau Mahfuz sebagai MP Pas sekali pun tidak pernah offerkan diri untuk jadikan Sg Limau sebagai Dun angkat..
Pas sepatutnya malu dengan Mukhriz, sebab sanggup offer diri nak majukan Dun Sg Limau dalam arus permodenan..
Carilah isu yang briliant sikit kalau nak tembak sekali pun
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan hasrat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadikan Dun Sungai Limau sebagai kawasan angkatnya sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Katanya, perkara itu sepatutnya boleh dilakukan ketika penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak masih uzur.
Mahfuz mendakwa kenyataan itu dibuat setelah Mukhriz hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim untuk merampas kerusi yang menjadi kubu kuat Pas sejak lima penggal lalu.
"Kenapa tidak jadi Dun angkat ketika Allahyarham terlantar di hospital selama lebih enam bulan?
"Kenapa baru sekarang timbul kalau BN menang baru hendak jadikan Dun angkat?
"Kita lihat dia (Mukhriz) macam tidak yakin lagi kepada calon mereka dan persekitaran politik Dun ini, dia sendiri terpaksa tampil ke depan untuk meyakinkan masyarakat dan rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sungai Limau, semalam.
Jumaat lalu, Mukhriz berkata, beliau akan menjadi Adun angkat Sungai Limau sekiranya BN menang PRK Dun itu pada 4 November.
Mukhriz menambah, sekiranya BN diberi mandat, penduduk setempat bukan sahaja akan mendapat calon BN, Dr Ahmad yang mempunyai ijazah kedoktoran sebagai Adun, tetapi juga menteri besar sebagai Adun angkat yang akan memberi perhatian istimewa kepada mereka.
Sementara itu, Mahfuz menambah, keputusan BN menyertai PRK kali ini juga sebagai satu tindakan membuang masa dan membazirkan wang semata-mata.
"Sepatutnya kalau mereka sedar dari awal bahawa mereka tiada kekuatan di sini.
"Sepatutnya mereka menghabiskan masa dan wang ringgit melalui satu perancangan bagaimana hendak membangunkan masyarakat setempat, bukannya memberikan pelbagai insentif one-off," katanya lagi.
1 comment:
Buat penyokong2 Pas,'Di dunia orang2 buta, org bermata satu adalah Raja.' Mr Bean ni lah org yg diumpamakan org yg bermata satu.
Post a Comment