Sunday, 3 November 2013

BERDOSA KALAU UNDI CALON BN #PRKSGLIMAU -ABBY ALBODY



Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.

“Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.



“Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa,” katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, Sabtu malam.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.

“Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

“Kalau kita salah pilih kerajaan…berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia,” katanya.


SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

Aku bukan nak komen apa sangat tapi hangat dengan kenyataan Abby Al tak reti.. tu...Pirrah cakap macam dia tak dak dosa...Nak kempen janganlah sampai hina kerajaan. Aku orang kerajaan....Hg ingat PAS dan PKR tu jalan yg elok ke....Tunggul je...politik memang kotor....Jadi suri rumah lagi baik...

Anonymous said...

bakal ahli neraka tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive