Friday, 9 November 2012

RAFIZI DILABELKAN SEBAGAI PENYANGAK



KUALA LUMPUR — Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun
ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.

“Saya sudah lama fikirkan perkara ini. Sudah sampai masanya, perkara ini dilaksanakan demi faktor keselamatan dan kesucian institusi Parlimen,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Katanya surat mengenai perkara tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para petugas di bangunan Parlimen.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku pada masa ini berhubung tindakan orang luar dengan sewenang-wenangnya mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen,
sebagai sesuatu yang memalukan dan mencemar institusi tersebut.



“Jika saya pulang ke rumah dan menonton berita pada waktu malam, saya terkejut melihat orang luar, dengan berlatarbelakangkan Parlimen, dengan mudahnya membuat sidang akhbar.

“Kalau di negara luar seperti India dan Australia, kita tidak dibenarkan sentuh (logo Parlimen) mahupun duduk,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil jika masih terdapat pihak tertentu berbuat demikian, beliau berkata: “Bentara saya akan halau keluar sebab
ini tempat larangan. Hanya untuk kegunaan Ahli Parlimen sahaja.”

Beliau berkata larangan tersebut menggunakan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 iaitu ruang sidang media di lobi Parlimen hanya boleh digunakan secara eksklusif
oleh anggota Parlimen dan bukannya pihak luar.

Katanya orang luar boleh mengadakan sidang akhbar tetapi bukan menggunakan fasiliti Parlimen seperti di ruang sidang media di lobi Parlimen, sebaliknya di
kawasan lain di dalam bangunan Parlimen.

–()–()–()–

*Gambar – Rafizi Ramli (tengah) antara muka yang belum jadi Ahli Parlimen tetapi menggunakan ruang sidang media sesuka hati hampir setiap hari.

Sepatutnya pemimpin pembangkang yang bukan Ahli Parlimen hendaklah membuat sidang media di ibupejabat parti sendiri atau mana-mana lokasi lain dan bukannya menyemak di Parlimen.

Namun, Ahli Parlimen pembangkang boleh gunakan sepuas hati ruang di Parlimen itu kerana memang menjadi hak mereka untuk membuat sidang media.

Namun yang lain, janganlah ok.

Ini sampai cikgu kalah pilihan raya pun nak buat sidang media di situ, NGO mewakili achee dan entah siapa-siapa pun nak gunakan ruang yang ada itu.

Biar Ahli Parlimen sahajalah yang guna kawasan tu.

MYNEWSHUB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive