Thursday, 18 October 2012

PANASS !! PKR AKAN KALAH DI SUNGAI PETANI GARA GARA JO BEDUL




Lebih kurang 100 penduduk Taman Mutiara hari ini telah mengadakan satu himpunan menuntut pihak berkuasa tempatan, Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul supaya menunaikan janji mereka untuk menyelesaikan isu pencawang telekomunikasi dengan secepat mungkin yang telah didirikan tanpa lesen kerana telah menganggu kesihatan penduduk berdekatan yang duduk berdekatan dengan pencawang berkenaan.

Pencawang tersebut di percayai milik syarikat Packet One Network (M) Sdn Bhd, telah di pasang di atas bangunan dua tingkat yang di sewa dari seorang peniaga kedai runcit Taman Mutiara tujuh bulan yang lalu.

Menurut wakil penduduk Taman Mutiara, Dr Lee Yean Wang dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda, Encik Makbul Ilahi, pencawang yang di pasang di atas bangunan dua tingkat tersebut yang sudah tujuh bulan beroperasi itu selalu menganggu kesihatan penduduk Taman Mutiara yang rumah berdekatan dengan pencawang tersebut.



Malahan melalui tinjauan yang di lakukan Pisau Kedah tempat berkenaan terdapat sebuah rumah yang menempatkan pusat penjagaan warga emas hanyalah 50 meter dari tempat pencawang yang di pasang.

Setelah selesai berhimpun, satu memorandum telah di serahkan wakil penduduk dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda kepada pihak berkuasa tempatan MPSPK dan memorundum itu telah di terima Ahli Majlis MPSPK yang mewakili Yang Di-Pertua MPSPK di bangunan MPSPK.

Memorundum tersebut mendesak supaya pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera, meroboh menara telekomunikasi yang didirikan secara haram mengikut Notis runtuh (24jam) yang telah di keluarkan MPSPK pada 03 Julai lalu.Sambung baca kat SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive