Monday, 20 August 2012

KENAPA KARPAL BERIYA IYA NAK SAMAN NASHA ??





NAMPAK di atas kertas memang Karpal Singh menyaman Nasharudin Mat Isa, sebab dalam prosedur Mahkamah yang tersurat di Malaysia, saman adalah antara orang dengan orang. Kalau entiti sekalipun (pertubuhan, syarikat), masih lagi diwakili orang.

Tak pernah penulis dengan beruk atau siamang menyaman sesiapa.

Tapi yang tersirat dalam kes ini sebenarnya ialah kafir menyaman hudud. Malah kalau nak diikutkan, kes ini lebih teruk lagi jika nak dibandingkan dengan tindakan Zaid Ibrahim (atas kapasiti peribadi), menyaman kerajaan PAS Terengganu kerana meluluskan draf enakmen hudud.

Sekurang-kurangnya Zaid masih mengaku beragama Islam!!

Ada kata kes Zaid itu membabitkan UMNO, tapi kita semua tahulah UMNO tidak terlibat dan lebih lagi bila Zaid terbukti sebagai musuh dalam selimut yang ditugaskan Anwar untuk menjahamankan UMNO dari dalam – sebelum dia sendiri dikencingkan oleh Anwar kerana cuba mencabar Azmin dalam pemilihan Nasional PKR 2010..



Anyway, lupakanlah yang itu, hari ini bukan tujuannya penulis nak bercerita tentang Zaid sebab saman itu dibatalkan sebaik Zaid menyertai PKR dulu.

Penulis lebih berminat menunggu respon orang PAS dalam soal Karpal menyaman Nasha ini. Respon orang PKR tidak usah ditanya kerana mereka sudah declare menyokong DAP dalam menentang hudud.

Inilah masanya tuan-tuan, terutama kalangan pengundi atas pagar untuk sama-sama mengukur setakat mana ikhlasnya perjuangan orang PAS dalam memperjuangkan hudud ini. Kami orang UMNO dah lama tahu niat sebenar PAS perjuang hudud untuk dapat undi, bukan betul-betul nak laksanakan sebagai undang-undang.

Percayalah, selepas ini PAS akan dibahagi kepada 2 bahagian. Satu yang menyokong Karpal kerana terpedaya dengan kesepakatan palsu dalam Pakatan Rakyat (biasa disebut Pakatan haram), manakala satu lagi yang sokong hudud tak kira apa, walapun mereka tidak menyokong Nasharudin.

Dari situ kita lihatlah siapa ikan bilis dan siapa bapak iblis, Karpal atau Nasha.

Penulis juga percaya, akan banyak pekung hipkorasi yang terdedah di sana sini, yang pura-pura masuk PAS untuk perjuang Islam, akan terserlah warnanya, begitu juga yang masuk PAS kerana betul-betul nak perjuang Islam, juga akan menyerlahkan warna sebenar masing-masing.

Mana-mana satupun UMNO dan BN akan untung. Kalau dalam keadaan sekarang pun kita mendahului dari banyak segi, timbul saman hudud ini, lagilah meletak kita di hadapan sekali. Dari sasaran 2/3 kerusi Parlimen, penulis yakin UMNO akan menghampiri pencapaian 2004, kalaupun tidak menyamai.

Melebihi tu mungkin sedikit sukar, dilihat dari kecenderungan cina untuk bersatu dengan DAP bagi menguasai hal ehwal pentadbiran negara pula setelah bidang ekonomi dikuasai mereka buat sekian lama.

Tapi DAP (sebut cina) berani bertanding berapa kerusi sangat?

Benarlah kata Karpal dulu, Pakatan harami tidak akan ke Putrajaya disebabkan oleh isu hudud ini. Memanglah betul, pasal dia puncanya – dengan menyaman Nasha


SUMBER MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

RALLY untuk Nasha !!!
arjuna waspada
changkat lobak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive