Wednesday, 22 August 2012

INILAH JADINYA BILA WARGA CHINA EXCIDENT DI MALAYSIA



Ini satu video yang penulis temui di laman You Tube, berjudul, ‘The Wiper Women(Only In Malaysia)’ yang boleh dikatakan masih lagi baru terjadi pada 27 Julai lalu.

Video itu dimuat naik oleh pemilik profil bernama ‘qhairin’.

Kisahnya begini, dua orang Malaysia sedang memandu kereta dan secara tiba-tiba, kereta mereka dilanggar oleh kereta belakang di Cheras.

Jadi, mereka turun dan berjumpa dengan si pelanggar kereta mereka sebabnya mahu cuba selesaikan secara baik.

Tahu sajalah peraturan di Malaysia, kalau kes-kes berlanggar berlaku, kita boleh selesaikan secara baik iaitu dengan membayar ganti rugi atau buat laporan polis.

Rupa-rupanya, si pelanggar itu adalah seorang wanita warga China.

Anda tahu macam mana peraturan di negara China?

Jadi, wanita China itu tidak mahu bertanggungjawab dan mengatakan dua orang rakyat Malaysia ini sedang membulinya di jalanraya.

Dua orang rakyat Malaysia kita ni pun sudah pening dan mahu ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Agaknya yang difikirkan oleh wanita China itu yang mereka berdua cuba untuk lari, dia terus melompat naik ke atas kereta dua orang rakyat Malaysia dan melakukan ‘reformasinya’ atau tunjuk perasan.

Apa yang jadi? Tonton sendiri.

Apa-apa pun, memang ‘cool’ dan rileks wanita China tu bertahan atas kereta tu…

Mak cik, ini Malaysia, bukan China!

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive