Saturday, 28 April 2012

KPF Diserbu SPRM, Najib Pembela Warga Peneroka Felda..!



Satu maklumat tergempar telah sampai ke telinga saya sebentar tadi mengenai ibupejabat Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang telah diserbu sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber berkenaan, serbuan SPRM itu dibuat bagi menyiasat beberapa kes yang didakwa berlaku penyelewengan dan unsur rasuah di dalam pelaburan KPF kepada sebuah syarikat pengeluar roti berjenama yang bermasalah.

Menurut sumber lagi, dipercayai syarikat yang dimaksudkan itu ialah Silverbird Sdn Bhd, sebuah syarikat yang baru-baru ini terlibat dengan skandal penyelewengan yang mengakibatkannya kerugian sebanyak RM111.5 juta.



Akibat dari penyelewengan itu juga, pelaburan KPF di dalam syarikat itu telah mengalami kerugian lebih RM10 juta. Kerugian tersebut membawa maksud sebanyak RM10 juta wang milik 112,635 peneroka dan puluhan ribu kakitangan Felda hangus begitu saja.

Menurut sumber itu lagi, ekoran serbuan SPRM itu juga, pihak Bursa Malaysia enggan menerima penyenaraian FGVH sekiranya KPF terbabit di dalam pelaburan tersebut memandangkan ia mampu menjejaskan prestasi saham milik Felda itu, sekaligus gagal meyakinkan para pelabur.

Justeru itu, adalah berkemungkinan besar KPF bakal diketepikan dari terbabit di dalam penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia yang dijangka bakal diumumkan esok.

Persoalannya, siapa yang bertanggungjawab terhadap pelaburan KPF di dalam syarikat bermasalah tersebut?

KPF dipengerusikan oleh DZ (mungkin bukan nama sebenar) dan jawatan Setiausahanya pula disandang oleh AAR (juga mungkin bukan nama sebenar) .

Sebagaimana maklum, DZ merupakan seorang Pengarah Besar Felda yang telah diberikan ‘cuti sambung belajar’ oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Manakala AAR pula telah ditukar menjadi pegawai kanan penyunting keratan akhbar di Jabatan Perdana Menteri.

Kedua-dua pemimpin kanan yang diserang oleh Mazlan Aliman dan ANAK sebelum ini, secara tiba-tiba menjadi ‘tokoh kesayangan’ AJK Pas yang cuba memporak-perandakan Felda dan menggagalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Mazlan Aliman dan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar tiba-tiba membela nasib DZ dan AAR yang kononnya dizalimi oleh kepimpinan Felda. Dari benci bertukar sayang secara tiba-tiba? Tentu ada udang di sebalik batu…

Dipercayai bahawa DZ ‘diberikan cuti, bergaji dan mendapat ilmu secara percuma’ itu memandangkan beliau dikatakan menentang cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dan enggan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi KPF kepada Isa Samad.

Sebenarnya, saya mendapat maklumat bahawa pertukaran jawatan Pengerusi KPF di antara DZ kepada Isa Samad dipercayai kerana Perdana Menteri terhidu ‘sesuatu yang tidak kena di dalam pentadbiran KPF’ yang menjaga amanah para peneroka dan kakitangan Felda.

Pada awal pelaburan sekitar tahun 2005, KPF hanya melabur dan memiliki saham sebanyak 3,123,100 saham di dalam Silverbird dan berjaya mendapat dividen 4% pada tahun 2005. Ketika itu, KPF belum lagi dipengerusikan oleh DZ.

Difahamkan juga bahawa itulah yang pertama dan kali terakhir KPF dapat habuan dari pelaburannya di syarikat itu.

Namun, selepas tahun 2009 selepas DZ dan kroni-kroninya mengambil alih KPF, tiba-tiba pihak koperasi itu punyalah ‘bijak pandai’nya telah menambah pelaburan secara mendadak! Tiga tahun tidak mendapat sebarang hasil pelaburan, tiba-tiba ditambah pelaburan di syarikat itu? Pelik!

Pada tahun 2009, DZ baru memegang tampuk ‘pemerintahan’ Felda dan KPF. Pada itu juga, DZ menambah pelaburan dan KPF memiliki saham berjumlah 29,542,333.

Pada tahun 2011 pula, kepimpinan KPF menambah lagi pelaburan KPF dalam Silver Bird sebanyak 51,642,333 ataupun 13.36%.

Persoalannya, kenapa tambah pelaburan di sebuah syarikat yang tidak memberi sebarang keuntungan? Mahukah kita menambah pelaburan di sebuah syarikat yang rugi?

Saya dimaklumkan bahawa AAR “newspaper cutting boy” yang dibela oleh Mahfuz pula merupakan Setiausaha KPF yang menjadi ‘orang kanan’ DZ. Mustahil dia tidak mengetahui apa-apa memandangkan dia berjawatan Setiausaha KPF. Dia ada kongsi sesuatu dengan DZ?

Nampaknya, tepat sekali tindakan Datuk Seri Najib mengarahkan DZ ‘sambung belajar’ dan menukar AAR sebagai ‘newspaper cutting boy’ di JPM. Kalau dibiarkan terus di dalam KPF, entah apa lagi yang akan berlaku kepada amanah para peneroka dan kakitangan Felda itu.

Biarpun KPF tidak terbabit dengan penyenaraian FGVH, rasanya perkara itu tidak perlu dirunsingkan oleh para peneroka. Selain ‘durian runtuh’ yang dijanjikan Perdana Menteri, pengurusan Felda telah menyediakan ‘plan B’ untuk kepentingan para peneroka dan kakitangan Felda membabitkan penyenaraian tersebut.

‘Plan B’ tersebut adalah sebagai ‘back up plan’ yang disediakan oleh Isa Samad untuk kepentingan para peneroka yang merupakan sebuah ‘tabung khas’ untuk memberi peluang kepada seluruh warga Felda membabitkan diri di dalam penyenaraian FGVH itu.

Sebelum ini Mazlan Aliman cuba menghalang ‘rezeki’ para peneroka dan ada pihak tertentu di dalam KPF yang menghalang ‘durian runtuh’ tersebut. Tapi, kali ini rebutlah peluang keemasan melalui ‘plan B’ itu. Jangan lepaskan peluang untuk menyertakan diri dalam penyenaraian FGVH itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘plan B’ itu, nantikanlah pengumuman ‘durian runtuh’ dari Datuk Seri Najib yang dijangka bakal diumumkan. Pastinya kegembiraan menanti para peneroka dan warga Felda…insyaAllah.

*Dipetik dari sumber blog: Duke Of UMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive