Tuesday 21 February 2012

TAHNIAH @aznilnawawiHM KERANA DI LANTIK MENJADI SENATOR??


“Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif.

“Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.

“Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal,” kata Aznil.

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang. Baginya ia satu tanda aras belum kita nampak dalam pencapaian kemajuan bidang ini sejak negara mensasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia Maju. Bidang hiburan agak ketinggalan jauh berbanding bidang lain yang begitu cepat mengejar kemajuan terutama dari segi digital, informasi dan teknikal.

“Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.

“Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia,” katanya bersemangat.

baca selanjutnya di sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive