Friday 17 February 2012

PANAS!!! RUNTUHAN ISLAM KALI KETIGA DI KEDAH??

Assalamualaikum...


Semalam MKT mendedahkan perihal perancangan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS bercadang untuk meruntuhkan Pusat Dakwah yang di bawah seliaan Yayasan Islam Kedah klik sini dan MKT juga berjanji akan mendedahkan perancangan Kerajaan Kedah PAS Kedah untuk merobohkan salah satu masjid yang lain.


Seperti yang MKT dapat maklumat kelmarin, Kerajaan PAS Kedah bercadang merobohkan Pusat Dakwah Negeri Kedah dan membina tapak letak kereta di kawasan tersebut. Kali ini pelan pembangunan PAS selepas PRU ini adalah untuk meruntuhkan pula Masjid Nagore yang telah dibina sejak dari tahun 1881. Atas alasan pembangunan di sekitar Pekan Melayu dan Pekan Cina. 

Dari siasatan MKT sendiri sememangnya di sekitar Pekan Melayu dan Cina terdapat banyak kedai-kedai usang dan ada yang telah roboh. Jadi, setelah melihat semua keadaan itu maka MKT berasa yakin akan khabar yang telah diceritakan kepada MKT semalam oleh salah seorang pegawai PKNK tersebut.

Sememangnya satu perkara yang baik hendak didirikan pemulihan keatas bangunan-bangunan lama tapi perlu sangatkah atau kemaruk sangatkah hingga sanggup meruntuhkan rumah Allah yang sudah berusia lebih dari 100 tahun itu?

P/S dari MKT : Ellehh...setakat Madarasah Salihiah Kangchut yang hampir sama usia dengan Masjid Nagore pun boleh dijual kepada bangsa DAP Penang, takkan perkara semudah itupun mereka tidak boleh lakukan jugak? Betul tak?


sumber klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive