Sunday, 15 January 2012

TERPANAS !!! DR MIM BERJAYA BONGKAR BETAPA HIPOKRITNYA GUAN ENG??





Tentu ramai rakyat yang ketawa besar dengan wayang kulit Lim Guan Eng DAP dan Exco Pulau Pinang yang mengisthiarkan aset.

Mereka mendakwa bahawa KPMG yang mengeluarkan perisytiharan harta mereka tapi jika kita lihat kertas di atas, kita tidak nampak pun pengakuan rasmi atau tandatangan daripada pihak akauntan bertauliah tersebut.

PANAS!! YB ZUL NORDIN KATA PAKATAN KENA PUKULAN MAUT??




KUALA TERENGGANU 14 Jan. – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat baru-baru ini memberi pukulan maut kepada pembangkang, kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Katanya, ini kerana selama ini mereka memalu “kompang dan gendang” menyatakan ia konspirasi yang akan berakhir dengan satu hukuman penjara yang lama.

"Gambaran yang diberi itu sama ada di dalam mahupun di luar negara ialah ia satu konspirasi yang mempunyai skrip berakhir dengan dia (Anwar) dihukum.

“Malahan kalau kita tengok ucapan dia semasa di dalam mahkamah di penutup kes pendakwaan, jelas menyatakan ini satu konspirasi dan dia memang akan dihukum.

"Tiba-tiba semua itu tidak berlaku. Keputusan mahkamah itu jelas membuktikan ia satu pembohongan dan keputusan itu merupakan satu pukulan maut kepada pembangkang.

“Bila pihak pendakwa raya merayu... kalau mereka nak katakan ini satu konspirasi, Anwar merayu di dalam kes perbicaraan itu sendiri lebih daripada 30 kali,” katanya.

Beliau berpendapat, kes itu sebenarnya satu proses perundangan yang memberi hak kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati untuk merayu. – BERNAMA

MTK
DEPA NI BUKAN KATA MAUT,BIAQ SAMPAI JADI BANGKAI PUN TAK PA

PANAS!! KARPAL TAKUT TEMBELANG ANWAR PECAH?



Kes liwat Anwar: Karpal gesa AG tidak rayu

GEORGETOWN - Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang itu dari tuduhan liwat, Isnin lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sebagai peguam bela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.

"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di sini hari ini.
Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sekalipun rayuan dibuat bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya Peguam Negara mengemukakan rayuan, Karpal berkata, sebagai peguam bela beliau juga mempunyai hak menggesa Peguam Negara supaya tidak berbuat demikian.

"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," kata beliau dipetik Bernama Online


MTK
AWAT HANG TAKUT BILA ORANG LAIN NAK BUAT RAYUAN??BILA KENA KAT ANWAR BOLEH PULAK SAMPAI BEPULUH PULUH KALI RAYU,LU NI DOUBLE STANDARD LA KARPAL.

PANAS!!! SEJUTA HANTU HADIR KONVENSYEN PAKATAN HARAM??

KERUSI2 DIPENUHI DENGAN HANTU


KEPALA HANTU

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutan hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive