Friday 11 July 2014

@MukhrizMahathir UMUM PEMBANGUNAN DI DAERAH KULIM BANDAR BAHARU #HanyadiKedah #KedahSerataRata


Ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Memberi Sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Mudim dan Pengurus Jenazah Daerah Bandar Baharu kelmarin di Masjid Al-Fateh Serdang, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa perancangan projek yang akan di bangunkan Kerajaan Negeri di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Melalui projek pembangunan ini, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz berharap ianya dapat menyumbangkan peningkatan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Antara perancangan projek yang diumumkan adalah



1- Membangunkan satu bandar MEDICAL SCIENCE CITY di Bandar Baharu Kulim yang berkeluasan 660 ekar. Projek ini ditujukan khas untuk industri dan perkhidmatan Medical dalam bentuk penghasilan peralatan Medical untuk kegunaan didalam negara dan dieksport ke luar negara.

Industri Medical ini mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada anak tempatan serta memberi kesan kepada peningkatan ekonomi setempat.

2- Projek pembinaan Rumah Rimbunan Kasih kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dengan harga yang munasabah.

Perumahan Rimbunan kasih merupakan satu projek yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah di kawasan Bandar Baharu dan ianya mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada pemilik rumah Rimbunan Kasih.

3- Kerajaan Negeri Kedah kini sedang giat melobi Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pembinaan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di kawasan Sidam.

4- Pembinaan sebuah kompleks sukan mini atau mini stadium yang akan dibina di kawasan Serdang tidak lama lagi.

Projek pembinaan kompleks sukan mini ini adalah diatas usaha pemohonan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadhil yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kepada Kerajaan Persekutuan.


2 comments:

Anonymous said...

Tapi yg. herannya si KAPIRDAJAL dari UN, apahal dibiaqkan MENYIBUK masuk campur kat NEGARA ISLAM kita ini termasuk dlmn. PEMBANGUNAN negara – dan memaksa kita menggalakkan industri ‘mega’ (sebenaqnya disyaki nak menggalakkan kita masuk TPPA Barat-ZIONIS-JAHANAMlah lah tu dan pelaburan multinasional asing yg. terus MENGGADAIkan HAK dan TANAH PUSAKA Bumiputera Islam/Melayu kat NEGARA ISLAM ini) – lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140703/ek_01/Malaysia-perlu-banyak-projek-mega , Malaysia perlu banyak projek mega)!

Sedangkan Barat-ZIONIS/Israel boleh menyerang/menjajah Dunia Islam yg. kaya minyak-gas-minerals dgn. membunuh/menyiksa sesuka hati umat Islam secara beramai (Genocide), termasuk mencipta Pengganas ‘Islam’ spt. al-Qaeda/Boko Haram dsbnya, dan tak pula dihentam si UN-ki Moon-BANGANG tu (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan di http://www.globalresearch.ca/does-obama-want-to-stay-in-afghanistan-to-harvest-its-opium/5361807 , Does Obama Want to Stay in Afghanistan to Harvest Its Opium?, By Sherwood Ross, Global Research, December 17, 2013, Scoop New Zealand)!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

Labu8455 said...

Banyak yang diusahakan oleh Mukhriz untuk membangunkan Kedah tapi...kenapa blogger mummy rokiah @ mummy jarum selalu memperkecilkan Mukhriz ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive