Friday 6 June 2014

HOI MENTERI AYAM !! LU TAU BIKIN KERJA KA TAK TAU ???



Setiap kali tibanya musim perayaan, masalah kekuarangan minyak masak, tepung, gula dan bahan bahan asas yang lain sudah dapat dijangka biarpun saban tahun Menteri menjanjikan penyelesaian terbaik dimasa akan datang..

Jika tahun lalu, bekalan mentah seperti ayam dan barangan lain sukar diperolehi, tahun ini bekalan minyak masak sukar diperolehi di kawasan utara..

Jawapan menteri KPDNKK masih sama seperti tahun sebelum ini iaitu menyiasat menyiasat dan terus menyiasat. Tanpa ada langsung persediaan seperti menambah bekalan tersebut agar mencukupi dipasaran..

Cara Hasan Malek kendalikan port folio beliau sangat teruk.. Sepatutnya Hasan Malek sudah bersedia dengan backup plan bila tiba musim cuti sekolah, bulan puasa dan musim perayaan..

Jika masalah yang sama berulang setiap tahun, apa Hasan Malek buat ??

Elok benar YAB PM tukar sahaja Menteri yang tak tahu buat kerja dan gagal laksana tugas dengan berkesan untuk rakyat..



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat sebuah pengilang tepung gandum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengurangkan bekalan kepada pemborong.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pemegang lesen yang melanggar syarat antaranya mengurang, menyorok atau enggan menjual barang kawalan di pasaran.

"Buat masa ini kementerian hanya mengesan satu jenama yan,g terlibat dan bekalan yang terjejas setakat ini terhad kepada utara Semenanjung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mana-mana syarikat yang didapati bersalah mengikut akta itu boleh dikenakan penalti RM250,000 untuk kesalahan pertama dan RM500,000 untuk kesalahan berulang.

Tambahnya, KPDNKK juga sedang menimbangkan untuk meluluskan tambahan kuota bekalan tepung gandum sebanyak tujuh peratus pada Jun, Julai dan Ogos sempena Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Selain itu, KPDNKK turut serius menangani isu bekalan minyak masak dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi termasuk mendapatkan persetujuan menambah 10 peratus kuota minyak masak bagi tempoh berkenaan.

KPDNKK sebelum ini digesa untuk menyiasat dan menyelesaikan isu kekurangan bekalan dua produk itu selepas sebuah persatuan pengguna di Kedah mengadu berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum sejak dua minggu lalu. - Bernama

4 comments:

hangkedee said...

Apakah Tiada perancangan rapi untuk menghadapi penyagak orang tengah. Buat kerja @tidur?

Anonymous said...

Dah dilebel memteri cap ayam, kerja pun macam ayam kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tak ada back up plan.

Anonymous said...

Ya ALLAH - jgn. kita TERPERANGKAP - dgn. perancangan halus si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan nikan sgt penting utk kaum BUMIPUTERA, terutamanya umat Islam/Melayu - jadi aku syak ini telah diRANCANGkan dgn. amat halus, utk. MENJATUHkan Menteri Islam/Melayu YB Datuk Hassan Malek dan digantikan dgn. si DALANG-DUA-MUKA plg. merbahaya, si GerakanKAPIR! Lihat di http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/06/skandal-rm40juta-hassan-malek-mungkin.html , Skandal RM40Juta : Hassan Malek Mungkin Digantikan Dengan Mah, Oleh Sungai Rapat, June 3, 2014!

Lagipun, MCAcingjuga adalah DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA! Tengoklah bagaimana P. Pinang telah lama dimusnahkan utk Bumiputera Islam/Melayu dr. sebelum DAPBANGKAI lagi semasa dipüerintah GerakanKAPIR!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Kemon la...sape lg looser,keyboard warior like u yg hanya brani d alam maya atau dato menteri yg susah payah jalankan tugas tp xsemua org hargai?...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive