Friday 21 February 2014

@NajibRazak !! SAMPAI BILA KERAJAAN PERLU TANGGUNG SYARIKAT PENERBANGAN BIAWAK HIDUP ??




MAS atau nama penuhnya Malaysia Airlines System adalah satu nama besar dalam industri penerbangan.Malah syarikat penerbangan awam ini juga telah memenangi perkhidmatan hospitaliti terbaik.

Tapi apa gunanya menang anugerah hospitaliti terbaik kalau saban tahun syarikat penerbangan ini mengalami kerugian berbilion ringgit..??

Dimana silapnya? CEO MAS nampaknya tidak peduli soal kerugian berbilion ringgit ini sebaliknya mencanang penambahan hasil yang lebih baik berbanding tahun lalu..



Tahun 2012 MAS berjaya mengurangkan kerugian sebanyak RM 432.59 juta sahaja.Tapi tahun 2013 hutang makin meningkat sehingga RM 1.17 Bilion.. Adakah itu petanda baik ??

Apa guna penambahan hasil jika kerugian meningkat 3 kali ganda?

Sepatutnya CEO MAS Ahmad Jauhari memikirkan bagaimana mengurangkan hutang dan seterusnya menjana keuntungan syarikat penerbangan berkenaan..Bukannya mencari helah menyalahkan faktor lain punca kenapa MAS rugi..

Sudah tiba masanya DS Najib mencari peganti yang sesuai untuk jawatan CEO MAS.. Atau SWASTA kan saja syarikat penerbangan kebangsaan itu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive