Monday 17 February 2014

HOT !!! GAMBAR GAMBAR MENARIK SEMPENA PROGRAM TURUN PADANG #MBMesraRakyat @MukhrizMahathir #HanyadiKedah


Alhamdulillah selesai sudah program turun Padang didaerah Kuala Muda sempena Program Mesra Rakyat bersama YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir serta barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri..

Lawatan YAB MB bermula dengan bersarapan bersama sama AJK Umno Bahagian Merbok dan Sungai Petani di Pekarangan Pejabat UMNO S.P/ Merbok .. Seterusnya perjumpaan dan makan tengah hari bersama parti komponan BN di Kedah.

Pada sebelah petangnya MB melawat warga emas di KG Gelam Merbok dan program penyampaian bantuan kepada penduduk di Parlimen Merbok serta solat Asar berjemaah bersama sama penduduk KG Gelam..

Pada sebelah petangnya MB melawat tapak pertandingan Wau di Sg Pasir dan seterusnya menuju ke rumah keluarga angkat beliau di Keda Tepi Sungai Kuala Muda..

Pada sebelah malam, MB menghadiri ceramah Wacana Ilmu Maklumat di Pantai Merdeka.

Keesokan paginya MB solat Subuh berjemaah bersama sama penduduk Keda Tepi Sungai dan walkabout di jeti Kuala Muda ( Pasar Bisik).

Seterusnya MB walkabout pula di sekitar kawasan Pekan Kota Kuala Muda dan akhirnya ke Pantai Merdeka untuk merasmikan Program Mesra Rakyat peringkat Daerah Kuala Muda.



Ziarah warga Emas di KG Gelam Merbok

MB bersama keluarga angkat

Mukhriz Mengimamkan solat di Surau Keda Kuala Muda

MB melayani telatah kanak kanak tadika kemas 


walkabout di Pekan Kuala Muda


Perasmian Program Mesra Rakyat di Pantai Merdeka


MB ramah mesra dan menyediakan makanan kepada pengunjung



Sentuhan Kasih MB Mukhriz untuk rakyat




NOTA : Susunan Gambar tidak teratur

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive