Thursday, 13 February 2014

LEMAHNYA UNDANG UNDANG SPR #PRKKajang @NajibRazak @ahmadzahidhamidi



Walaupun kempen PRK Kajang belum bermula, Anwar sekarang ini ligat turun ke kawasan berkenaan untuk berjumpa pengundi disana.Hampir setiap hari ada saja program dianjurkan pakatan untuk bertemu pengundi walaupun belum sampainya tempoh berkempen..

Namun apa boleh buat undang undang SPR lemah dan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakkan kepada parti politik yang berkempen sebelum tarikh ditetapkan..

Yang berkuasa sekarang adalah PDRM sahaja dibawah akta perhimpunan awam..Tapi adakah akta itu berkesan kepada Anwar?



Melihat keadaan politik semasa yang makin mencabar, undang undang SPR perlu digubal bagi memastikan semua parti politik tidak melanggar undang undang.

SPR perlu bertegas dalam setiap peruntukkan undang undang yang ada.Jangan takut bertindak. Pembangkang sedaya upaya akan mencari kesalahan SPR tapi kalau SPR takut untuk bertindak tak ada guna juga..


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana parti politik yang berkempen sebelum tarikh ditetapkan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, calon PKR bagi PRK Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melanggar undang-undang pilihan raya kerana ketua pembangkang itu secara teknikalnya masih belum sah sebagai calon.

“Sebelum penamaan calon, SPR tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Anwar.

“Calon bagi PRK Kajang hanya dapat diketahui selepas Pegawai Pengurus, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman mengumumkan nama calon semasa hari penamaan calon pada 11 Mac akan datang,” katanya dipetik dari sebuah portal berita, semalam.

Menurutnya, hanya pihak polis sahaja yang boleh mengambil tindakan kepada Anwar di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Semalam, muka depan Sinar Harian melaporkan pihak polis akan menyiasat Anwar kerana didakwa gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen.

Ketua Polis Selangor,Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan itu diambil susulan tiga kertas siasatan yang dibuka polis kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurutnya, polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh di bawah seksyen 9(5) akta berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive