Thursday, 12 December 2013

KERAJAAN DIGALAKKAN MENAIKKAN LAGI HARGA APA SAJA MELIBATKAN KEPENTINGAN RAKYAT !!


Tatkala beberapa harga barangan dan caj perkhidmatan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13, kini SPAD satu agensi yang menjaga perkhidmatan awam darat pula mencadangkan tambang bagi pengangkutan LRT dinaikkan..

Barangkali SPAD cuba mempopularkan kembali slogan BN ( Barang Naik ) kepada pengundi pengundi..

Walaupun pengangkutan awam itu hanya terdapat di Bandar Kuala Lumpur, namun golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara kumpulan yang paling banyak mengunakan khidmat LRT, kerana berkesesuaian dengan bajet mereka memandangkan kos sara hidup di Kuala Lumpur amat tinggi..



Dalam kenyataan Pengerusi SPAD semalam,pihak SPAD sedang mengkaji semula struktur tambang LRt disebabkan kenaikkan tarif elektrik pada tahun depan seperti yang diumumkan oleh Menteri baru baru ini..


Tambang bagi pengangkutan awam jenis LRT dan monorel dijangka naik dengan alasan sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.

Memang benar, setiap kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan oleh kerajaan tidak pernah membebankan rakyat, malah rakyat menyokong lagi usaha kerajaan untuk terus mengembangkan ekonomi negara.

Selepas harga minyak naik diikuti dengan harga barangan keperluan harian seterusnya tarif elektrik dinaikkan rakyat masih bergembira dengan kenaikkan ini.

Selepas ini rakyat menyarankan kepada kerajaan agar menaikkan lagi harga harga barangan jika merasakan ianya satu keperluan bagi kerajaan untuk menjana ekonomi.

Nanti bila sampai PRU 14 barulah kerajaan turunkan kembali harga harga yang pernah dinaikkan semata mata nak dapatkan undi..

Akhir kata, buatlah apa saja jika dirasakan perlu.

2 comments:

Anonymous said...

Apa saja ada dibumi milik kerajaan,apa saja ada dilangit milik Tuhan,,,hannnccuussss

Anonymous said...

Tak pe , semua jangan bimbang
semua kenaikan tersebut tidak akan membebankan rakyat .

Kerajaan sudah mengambil kira semua aspek.

Rakyat miskin sedikit pun tidak akan terbeban dengan kenaikan tersebut .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive