Monday 11 November 2013

NUR JAZLAN ELOK CERMIN DIRI DULU



Agak lucu bila melihat gelagat Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan terlebih melatah bila ditegur oleh Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah Khairul Anuar Ramli tentang saranan kepada NurJazlan agar berhenti terus dari politik dan teruskan dalam dunia korporat..

Gesaan itu dibuat berikutan NurJazlan menulis di ruangan pendapat dalam portal Malaysian Insider.

Emosi NurJazlan dikatakan terganggu apabila cita citanya untuk menjadi Menteri Besar Johor, Menteri Kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak tercapai sehingga menganggap beliau sahaja orang paling layak pegang jawatan tertinggi dan kedudukan tinggi, kata Khairul Annuar.



Dalam kenyataan balas Nur Jazlan, beliau melebelkan Khairul Anuar tidak sama taraf dan darjat untuk menegurnya..

Nur Jazlan juga menyamakan nasib beliau yang tidak terpilih untuk menjadi MT sama seperti Ayahanda Tun Dr Mahathir.

Sepatutnya NurJazlan kena sedar diri kenapa dirinya tak terpilih menjadi Anggota Kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi Umno.. Sudah tentu ada sebab kenapa dirinya tidak ditolak..

Mungkin ketika beliau menjadikan UDA sebagai kapitalis  tegar menolak agenda bumiputera dulu, menjadi sebab utama kenapa beliau tidak dipilih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive