Friday 16 August 2013

PANASSS !!! NGO HAK ASASI MANUSIA DIKECAM PERKASA !!



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini lantang mengkritik kerajaan dalam soal hak asasi manusia kelihatan seolah-olah tidak memperdulikan nasib rakyat Mesir yang ketika ini sedang menghadapi tindakan ganas pihak tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah Assisi.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali, walaupun krisis kemanusiaan Mesir semakin meruncing, NGO-NGO berkenaan masih terus menyepi.

"Hanya pertubuhan-pertubuhan Islam yang banyak melakukan bantahan. NGO-NGO lain yang sebelum ini lantang mengkritik amalan hak asasi manusia kerajaan senyap.



"Saya tidak pasti apa alasan mereka namun, pertubuhan ini perlu sedar bahawa krisis di Mesir bukan sahaja melibatkan umat Islam tetapi juga penganut agama lain yang berada di negara Asia Barat itu," jelas beliau ketika ditemui semasa menghadiri program penyerahan memorandum bantahan terhadap keganasan di Mesir kepada wakil kedutaan negara Asia Barat itu di sini pagi tadi.

Tambah beliau, penyelesaian krisis yang berpunca daripada rampasan kuasa tentera itu merupakan satu tanggungjawab sejagat yang perlu ditangani oleh semua pihak tidak kira apa pegangan agamanya.

Syed Hassan turut menyatakan bahawa setakat ini dapat dilihat negara-negara serta NGO-NGO Barat telah menjalankan pelbagai usaha bagi menamatkan kekejaman tentera Assisi dan ini membuktikan bahawa isu ini bukan hanya membabitkan umat Islam.

"Sikap menyepi diri NGO-NGO berkenaan menimbulkan persoalan apa sebenar asas perjuangan mereka, sama ada politik atau benar-benar mahu memperjuangkan hak asasi manusia secara keseluruhan," kata Syed Hassan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive