Saturday, 11 January 2014

KPN @KBAB51 SETUJU ISA DIKEMBALIKAN



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan semula bagi memudahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan negara.

Beliau menyokong jika kerajaan ada cadangan untuk mengembalikan undang-undang itu yang dilihat sesuai digunakan pada keadaan tertentu.

“Saya penguat kuasa undang-undang dan apa sahaja undang-undang yang diluluskan di Parlimen untuk buat negara selamat, saya akan sokong dan PDRM akan kuatkuasakan bagi memastikan negara kita aman dan damai,” katanya dalam wawancara khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Friday, 10 January 2014

SALAM JILAT TANGAN PM PUN BELUM TENTU TAK BOLEH DI PECAT




Semalam tersebar satu berita di laman FB tentang perletakkan jawatan secara sukarela seorang menteri iaitu menteri KPDNKK atau nama ringkasnya menteri ayam.

YB DATO' SRI HASAN BIN MALEK yang telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurut sumber terdekat keluarga D.S. Hassan Malek, perletakkan secara sukarela ini ekoran kerelaan beliau yang telah melihat menjadi Liabiliti kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam mentadbir Negara. Satu pengumuman akan di buat oleh D.S. Hassan Malek waktu terdekat ini.

LAWAK PAGI JUMAAT !! JENIS JENIS ORANG GILA JAWATAN DI MALAYSIA



Inilah jenis jenis orang gila jawatan terdapat di Malaysia. Ada yang nak jadi tuhan, ada yang nak jadi wakil kerajaan langit, ada yang nak jadi rasul, ada yang nak jadi YDP Agong, ada yang nak jadi Sultan dan ada juga yang tak habis habis berangan nak jadi PM.. memang berdengung betui puak ni

Thursday, 9 January 2014

PEGAWAI KHAS MENTERI KAKI PROJEK KENA TAHAN SPRM



Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap tiga individu termasuk pegawai khas seorang menteri bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan permintaan dan penerimaan wang sogokan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pegawai khas tersebut dan seorang ahli perniagaan selama empat hari bermula hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive