Saturday, 15 September 2012

GEMPARR !!! PENDUDUK BALING JUMPA LANGSIAQ




BALING - Penduduk setempat sekitar kampung di sini terkejut apabila melihat objek seakan-akan lembaga putih pada gambar yang dirakam skuad Sinar Harian yang datang membuat liputan di kampung itu, baru-baru ini.

Lembaga atau kain putih tergantung bersebelahan pokok itu menimbulkan tanda tanya penduduk, kerana kain itu memang tidak pernah berada di situ.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Mat berkata, dia hairan apabila skuad terbabit datang semula ke situ untuk melihat kain putih yang terpapar dalam gambar yang dirakamnya beberapa jam sebelum itu.

“Saya pun lihat gambar dalam kamera itu dan ternyata memang nampak ada kain putih seperti tergantung di pokok itu,” katanya.

PEMBANGKANG ALIH ISU PISTOL DENGAN TARIAN SUMAZAU




PEMIMPIN menari dalam majlis rakyat, bukan perkara baru lebih lagi di kalangan Pakatan haram. Anwar dah buat lama dah terutama sekali bila ada majlis yang ada kaitan dengan orang India, confirm kalau ada bunyi gendang yang biasa digunakan tu, Anwar tak boleh tahan kaki dan tangannya dari bergoyang sama.

Ini biasa, tak pernah pulak dijadikan isu melainkan bila Anwar kata dia sakit belakang, tak boleh meliwat. Eh, menari boleh pulak, mana pergi sakit belakang? Setakat itu sajalah isunya, kau nak tunggang terbalik atas pentas tu, kita peduli apa!!

Oleh yang demikian, kita jadi pelik kenapa bila Datuk Seri Najib ‘join sekaki’ dalam tarian Sumazau di Majlis Rumah Terbuka di Sri Perdana baru-baru ini, ia menjadi isu hangat di kalangan portal dan blog pro pembangkang, termasuklah Harakahdaily sekali.

Semua caci dan maki pun keluar, nak-nak di ruangan komen. Terlupalah puak-puak ini yang tauke besar dia pun ‘kaki gonjeng’ sama. Dahlah kaki gonjeng, tak berapa nak ‘tune’ pulak langkahnya tu!!

PANASS !!! KENAPA UMAT ISLAM PERLU TOLAK PAS !!! JOM BACA



Sejak PAS ditubuhkan 61 tahun lalu, dasar dan polisi perjuangannya sudah acapkali berubah-ubah menggambarkan betapa longgarnya asas perjuangan dan halatuju PAS dalam arena politik negara.

Perubahan ketara yang paling dirasai ialah bilamana PAS mula menyerap semangat revolusi Islam Iran pada awal 1980-an dan serentak dengan itu, apa saja perjuangan atas nama bangsa Melayu ditolak ke tepi.

Serentak itu, dalam kamus perjuangan PAS tiada lagi keperluan mengangkat unsur-unsur politik untuk kepentingan kaum bangsa apatah lagi mahu mendaulatkan dan memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

Satu ketika, PAS melalui bekas Presidennya Allahyarham Fadhil Noor pernah menganggap Melayu itu tidak penting dan bangsa Melayu itu tidak diperlukan kerana bagi PAS, polisi dan dasarnya hanyalah Islam.

Namun PAS tidak dapat menafikan realiti sejarah telah merekodkan kewujudan PAS tiga dekad sebelumnya adalah berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam, sama seperti UMNO malah asal usul kelahirannya juga datang dari 'perut' UMNO.

PANASS !! KONTROVERSI LIRIK LAGU GANGNAM STYLE HINA ISLAM ??





Lagu tarian kuda Gangnam Style telah mengegarkan dunia! Namun banyak spekulasi dan andaian mengikut cara masing-masing. Ada yang katakan Gangnam Style bermaksud "aku nak jadi yahudi" ada pulak yang kata Gangnam Style tu hina Islam.

Namun itu semua hanyalah andaian sempit dari sesetengah pihak. Disini Mc sertakan lirik untuk tatapan semua. Fahami maksud lagu tersebut.. tak payah nak buat andaian sendiri!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive