Tuesday, 7 July 2015

DS @MukhrizMahathir Nafi Tun Mahathir Dalang Kontroversi 1MDB






Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah beliau turut menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan bapanya termasuk pendedahan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lepas.

Mukhriz menyifatkan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap bapanya itu adalah tidak benar

Beliau yakin Dr Mahathir langsung tidak terlibat dalam laporan Wall Street Jurnal. Walaupun Tun Mahathir ada membangkitkan sesuatu isu dalam 1MBDB, tetapi beliau juga yakin bahawa Tun Dr Mahathir tidak terlibat untuk memalsukan dokumen yang didedahkan baru-baru ini.







VIDEO: Dato Seri Hj Mukhriz YAKIN Ayahanda Tun Dr Mahathir tak terlibat dalam rancangan WSJ
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, 6 July 2015

Sunday, 21 June 2015

DAULAT SEORANG AYAH - Catatan YAB DS @MukhrizMahathir



DAULAT SEORANG AYAH
Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.
Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.
Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.
Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.
Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH
Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.
Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.
Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.
Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH
Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.
Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.
Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.
Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.
Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.
Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.
Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari. Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN
Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan. Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.
Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.
MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah. Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam. Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah. Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.
Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya? Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya. Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan. Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.
Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI
Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.
Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.
Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”
Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”
“Bila nak berhenti?” tanya ayah.
“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.
“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.
“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI
Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.
[Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!]

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.
Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015
Like


Saturday, 13 June 2015

DS @MukhrizMahathir BUAT KEJUTAN DI MARKET KG BERJAYA



Semalam Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir meluangkan masa melawat Pasar Karat di Mergong Alor Setar yang terkenal dengan jualan pelbagai barangan lama dan antik.

Belau tiba tepat jam 9.00 pagi dan bersarapan bersama orang ramai yang datang ke sana. Luahan dan pandangan rakyat dapat di dengar secara terus oleh Dato Seri Mukhriz.

Orang ramai juga mengambil peluang untuk bertemu dan bersembang dengan Menteri Besar Kedah secara dekat. Peluang untuk mengambil gambar bersama tidak dilepaskan oleh mereka.

Monday, 1 June 2015

CUBAAN JEMUAN MELAGA-LAGAKAN DS MUKHRIZ DAN YAB PM





Baru baru ini Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Perlis Indera Kayangan, Oleh kerana tidak ada Lapangan Terbang di Perlis, Perdana Menteri turun di Lapangan Terbang Alor Setar. Sejak dari dulu sebagai jiran terdekat, umpama adik dan abg, Lapangan Terbang Alor Setar juga adalah Lapangan Terbang untuk Perlis. 

Perlis menghantar rombongan beberapa Pemimpin mereka menjemput Perdana Menteri di Alor Setar untuk dibawa ke Perlis. Malangnya sebelum PM tiba di Perlis, sudah ada beberapa fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh 'penyokong-penyokong tegar ' PM di media maya, kononnya MB Kedah dan Exconya biadap kepada Perdana Menteri kerana tidak hadir menjemput di Lapangan Terbang Alor Setar. 

Antara yang terawal memperjuangan hal itu adalah EN TUAN Asri Baling dan PAK EN TUAN Mohd Ali Bin Baharom atau lebih dikenali sebagai ALI TINJUUU. Mereka bercakap dan menfitnah seolah berada di Lapangan Terbang menyambut PM. 

ADA JEMUAN SEDANG MERUNTUHKAN KERAJAAN KEDAH




Mereka yang sedang meruntuhkan Kerajaan Kedah (sekarang), adalah dari kalangan mereka yang pernah mendapat laba keuntungan Kerajaan BN terdahulu.

Bila Kerajaan BN baru mengubah stail politik.

Ds Mukhriz melakukan perubahan terus dari dasar politik UMNO di Kedah, dengan tidak mengamalkan sistem 'mengasuh, duit tepi dan duit kopi' semua itu tidak dilakukan, malah mengajak kesemua pemimpin Kerajaan didalam organisasi, untuk mengikuti cara beliau.
Sebab itu Kerajaan Kedah antara Kerajaan paling awal menandatangani perjanjian integriti dan menjemput SPRM masuk ke pejabat dan jabatan, utk menunjukkan bahawa Kedah telus.

Malah menjelang PRU13, DS Mukhriz adalah orang kedua selepas PM menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya Transperancy International sebagai komitmen memerangi rasuah dan mendukung integriti.

Disebabkan tindakan jujur sebegini, orang politik lama (bukan semua) yang suka cara lama, tidak berpuashati dengan beliau dan mencari jalan meruntuhkan kerajaan dan parti BN di Kedah.

Dalam perjuangan untuk melakukan kebaikan, bukan semua orang suka. Tapi percayalah, yang baik selalu menang. Janji ikhlas dalam perjuangan nescaya hasilnya Allah SWT lipatgandakan kelak.

Kami akan membuat pendedahan bersiri 'Mereka Peruntuh Kerajaan Kedah' untuk tunjukan pada rakyat Kedah siapa mereka, jika perkara buruk ini tidak dihentikan.

Saturday, 18 April 2015

SELESAI !! UMNO KEDAH SOKONG PM @NAJIBRAZAK & MB @MUKHRIZMAHATHIR



UMNO Kedah Menyokong Penuh YAB PM, YAB MB dan hormati Tun Dr Mahathir

Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Friday, 17 April 2015

#1MDB MEMBEBANKAN !! MENTERI SENADA DENGAN TUN M ?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menteri-akui-hutang-1mdb-membebankan-putrajaya-henti-segala-pinjaman-baharu
Tak jauh beza pun pengiraan Tun Dr Mahathir dalam blog beliau chedet.cc dan kenyataan Menteri JPM Datuk Seri Wahid yang mengakui bahawa dana pelaburan 1MDB membebankan negara.
Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.

"Selama ini mereka berkembang dengan membuat pinjaman daripada bank atau pasaran modal, mereka membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga meningkat hutang RM4.2 bilion setakat Mac 2014.

Friday, 10 April 2015

PINDAAN AKTA HASUTAN LULUS SELEPAS 14 JAM DIBAHAS




Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi ‘kecenderungan menghasut’ dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.


Thursday, 9 April 2015

BUNUH 3 BERADIK DALAM BENDANG , PEMUDA DIPENJARA 18 TAHUN




Masih ingat lagi ke pembunuhan tiga beradik dalam bendang dan tali air di Kampung Alor Senibong dua tahun lalu ?

Hari ini, Mahkamah telah putuskan bahawa pemuda berusia 20 tahun dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 14 tahun dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Choo Kah Sing menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Firdaus Mohd. Faridul selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan

Tertuduh pada 26 Mac lalu membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Wednesday, 1 April 2015

TERIMA KASIH KERAJAAN PUSAT


Sejak KHTP ditubuhkan pada tahun 1996, lebih dari 20 ribu peluang pekerjaan diwujudkan dan 70% jawatan diisi oleh anak tempatan.

Purata gaji pula melebihi gaji minimun iaitu sebanyak RM 6045.00 sejajar dengan hasrat kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berdaya saing.

Tuesday, 31 March 2015

ADUN DAP SOKONG GST DILAKSANAKAN



Apa lagi nak kata memang GST ni sebenarnya tiada masalah pun. hanya mereka yang mahu lari bayar cukai dan menjalankan perniagaan gelap saja takut dengan perlaksaan GST..

Jika GST ini tidak bagus, takkan Adun Dap nak sokong kan?

Seorang Adun Selangor daripada DAP hari ini mengakui bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan mulai esok bukan isu yang perlu dipertikai.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada persidangan Dun berkata, isu yang sepatutnya perlu diberi perhatian adalah perkara melibatkan pentadbiran.

"Saya setuju GST tidak dijadikan isu di negara ini cuma ia melibatkan soal pengurusan," katanya.

Ng berkata demikian bagi menjawab celahan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang menyatakan sikap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan pelaksanaan CBP sebagai isu malah menyifatkan kaedah percukaian sama yang dijalankan di Singapura tidak dibangkitkan rakyat negara itu sebagai beban.


PEMBANGKANG DUN PERAK BIADAP, TIDAK HORMAT SULTAN



Pembangkang  DUN berdarah konunis hari ini telah menghina Sultan Perak apabila berpakaian Hitam semasa sesi Perasmian Sidang DUN pagi tadi.

Mereka bukan saja biadap malah secara terang menghina Raja Raja Melayu.

Dikhabarkan Sultan Perak murka dengan insiden pagi tadi dan Baginda Sultan tiada ketika sesi bergambar dan tuanku juga tidak bersantap dan terus berangkat meninggalkan majlis.

Memang dasar komunis betul adun-adun pembangkang

Wednesday, 11 March 2015

@mukhrizmahathir MAHABBATUR RASUL MALAM KEDAH BERSELAWAT BERMULA HARI INI #HanyadiKedah





Jangan lupa temujanji kita 3 malam ini program Mahabbatur Rasul Malam Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman.

Konsert lagu ketuhanan oleh Ramli Sarip dan Yantzen malam ini, keesokannya Forum Perdana dan malam akhir 13hb kita akan berselawat bersama Habib Syech.

Jom kita ramaikan majlis dakwah ini..

TUDM TERIMA PESAWAT CANGGIH A400M




Airbus Defence and Space secara rasmi menyerahkan pesawat pengangkutan tentera Airbus A400M yang pertama daripada empat pesawat yang ditempah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ia juga menandakan penyerahan pertama pesawat A400M kepada pelanggan eksport di luar negara pelancaran asal.

Pesawat itu diterima di Barisan Pemasangan Akhir A400M di Seville, Sepanyol oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin pada 9 Mac.

Ia disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Nozirah Bahari dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Rothiah Omar yang menandatangani pemindahan hak milik bagi pihak Kementerian Pertahanan.

TAHNIAH DATO HARON DIN MURSYIDUL AM PAS YANG BARU




Majlis Syura PAS melantik Dr Haron Din sebagai musyidul am yang baru menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia bulan lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh penolong setiausaha agung PAS, lapor Bernama

Tahniah Dato Dr Haron Din

PANASS !! @RafiziRamli KANTOI HANYA BAYAR RM 98.35 CUKAI PENDAPATAN


Sembang bab duit rakyat macamlah si Rafizi ni banyar beribu-ribu cukai pendapatan sebulan.. Tapi bila rakan blogger @Mymassa dedah, baru kita tahu bahawa Rafizi si celaka ini hanya bayar RM 98.35 sahaja Potongan Cukai Bulanan dari Elaun Ahli Parlimen sebanyak RM13,108.59.

Lain kali kalau nak guna modal politik "hasil duit rakyat" eloklah bayar cukai tu lebih sikit. Sudah-sudahlah bohong rakyat wahai rafizi lembu oii..

Tuesday, 10 March 2015

PANASS !! SEBAB KENAPA DS @MukhrizMahathir TIDAK HADIR KE PERJUMPAAN KB BERSAMA YAB PM DIDEDAHKAN !!!


Mesti ramai tertanya-tanya kenapa YAB DS Mukhriz tidak hadir perjumpaan bersama YAB PM di PWTC 2 hari lepas kan? 

Isu ni sengaja dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO.

Sebenarnya ramai KB yang tidak hadir ada komitmen kerja.lagipun aku difahamkan bahawa perjumpaan itu dicepatkan. Sepatutnya jumpa pukul 9 malam, tapi diubah saat akhir ke pukul 4.30 petang.

Monday, 9 March 2015

MEREKA INI TIDAK LAYAK JADI WAKIL RAKYAT




Majoriti Ahli Parlimen pembangkang berpakaian hitam dihadapan KDYMM Yang Dipertuan Agong sebagai tanda protes atas pemenjaraan Anwar aljuburi.

Tindakan mereka sangat biadap dan tidak menghormati Tuanku YDP Agong yang hadir merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Majlis Parlimen yang ketiga belas di Dewan Rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen, adalah wajar menghormati dan memberi tauladan yang baik untuk rakyat.

Tak kiralah jika berbeza pendapat sekalipun. Yang penting tunjuk kelakuan baik.. Bukannya protes ikut suka hati..

Kalau rasa agenda mempertahankan Anwar lebih penting dari menjadi wakil rakyat di Parlimen, lebih baik jadi ahli politik saja tanpa jadi wakil rakyat..

Berpolitiklah sampai mati dengan Anwar dalam penjara. Tak perlu lagi kerajaan bazir duit bayar segala kemudahan sebagai wakil rakyat..

Wednesday, 4 March 2015

#PMR5Pendang #MBMesraRakyat !! PENDUDUK PENDANG DAPAT NIKMAT SETELAH MB @MukhrizMahathir BERMALAM DI SANA




Program Mesra Rakyat siri ke 5 telah selesai pada 1/3/2015. Sama seperti sebelum ini, YAB MB dan EXCO akan bermalam di rumah keluarga angkat mereka. Bermula dari pukul 8.30 pagi, YAB MB bersarapan di Stesen Bas Pendang, dan melawat pasar pagi yang terletak bersebelahan dengan stesen bas tersebut.

Respon yang diterima dari peniaga disitu amat baik sekali, kedatangan pemimpin negeri Kedah melawat tapak berkenaan sedikit sebanyak mereka dapat luahkan masalah disitu.

Sunday, 1 March 2015

MB KEDAH DS @MukhrizMahathir BERMALAM DI KUBU KUAT PAS





Fakta mengenai Guaq Kepayang yang perlu anda tahu.

- Kawasan paling kuat Pas di Pendang.

- PDM yang BN tak pernah menang.

- PDM hitam gelap gelita.

- PRU 13 majoriti kita (BN) kalah bertambah.

- Tiada jalan masuk utama (jalan besar) hanya mengunakan jalan Mada dan batas ban.

Monday, 16 February 2015

DRAMA SAKIT BELAKANG BERMULA



Sehari dua ini penulis percaya ramai pemerhati politik dan rakyat Malaysia sedang mengalirkan air mata selepas membaca kenyataan media oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang mendakwa ayahnya iaitu Anwar Ibrahim sedang menderita sakit belakang sejak dihantar mendiami Penjara Sungai Buloh.

Tapi air mata yang mengalir itu bukanlah disebabkan kesedihan sebaliknya dek kerana masing-masing terasa geli hati sampai ketawa terbahak-bahak tak kering gusi mengenangkan tayangan sandiwara meraih simpati lakonan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan keluarganya kini sudah bermula.

Dah kering idea agaknya asyik mengulang tayang skrip yang sama seperti di zaman reformasi terlepas kerusi 1998- 2004 dulu, tapi penulis yakin akan tetap ada penyokong Anwar yang akan termakan dengan sandiwara alaf baru ini yang diberi sentuhan serba baru demi nak raih simpati umum.

"PRK Cempaka'' Cadangan UMNO Kelantan Perlu Dipertimbangkan @MukhrizMahathir






Berhubung isu kenyataan Dato Sri Mustapa Mohamed, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berharap pucuk kepimpinan dalam parti (BN) perlu memberi pertimbangan kepada cadangan yang telah dikemukakan Pengerusi BN Negeri Kelantan itu agar BN tidak meletak calon dalam PRK Dun Cempaka bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan banjir.

Komen ini telah diberikan YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir setelah ditanya wartawan selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Gerak Kerja Warisan Generasi Y zon utara di Swiss Inn Hotel, Sungai Petani kelmarin.

Friday, 23 January 2015

GUAN ENG AJAR ISTERI HIDUP MEWAH ??


Antara koleksi MEWAH isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.. Gambar gambar inilah punca Guan Eng mengamuk minta media tidak mainkan berita keMEWAHAN isterinya atas alasan privacy.. Tapi bila dia serang DS Rosmah, tak fikir pulak tentang hak dan privacy isteri PM ??

So nampak sangat DAP ni bangsa yang munafik.. mereka menuduh pihak lain bazirkan duit rakyat, walhal mereka sendiri yang berjoli sakan duit rakyat..



Tuesday, 20 January 2015

PANASS !!! MEDIA PRIMA KINI LIDAH RASMI PEMBANGKANG ??




Apa nak jadi dengan TV3 sekarang ? arahan dari pihak atasan untuk wartawan cover pemimpin pembangkang untuk serang mantan Menteri Kewangan Tun Daim..

Pendedahan dari Saiful Bukhari dimana beliau Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.




Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" kata saiful.

Saiful juga menyertakan bersama salinan perbualan WhatsApp mendedahkan isterinya menerima arahan daripada seorang pengarang supaya membuat liputan ke atas pemimpin PKR.

Di sini saya sertakan bukti arahan 'MUST COVER AND USE' yang diberikan TV3 oleh seorang editor kepada isteri saya, yang datangnya dari big bos Datuk Ashraf Abdullah pada hujung November lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu saja, rupanya makin menjadi-jadi," katanya.

UCAPAN MB KEDAH YAB DS @MukhrizMahathir SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KEDAH



Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir

UCAPAN YAB DATO' SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

UCAPAN SEMBAH TAHNIAH
SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KEDAH

DI BALAI PENGHADAPAN, ISTANA ANAK BUKIT

PADA HARI AHAD, 18 JANUARI 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


Segala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat serta salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW dan ahli-ahli keluarganya serta para sahabat.

Mengadap

Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Dan

Yang Teramat Mulia Datin Seri DiRaja Puan Seri Dato’ Seri Tengku Maliha Binti Tengku Ariff, Tunku Puan Temenggong Kedah

Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri DiRaja Puan Seri Dato’ Nora Binti Abdullah, Toh Puan Laksamana Kedah

Thursday, 1 January 2015

DIARI 2014 YAB MB KEDAH DS @MukhrizMahathir #hanyadiKedah



Kedah Bertransformasi bersama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir!

Bermula dengan tema mendahulukan rakyat, MB kita bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri yang lain mula mengorak langkah untuk mendekati rakyat.

Maka bermulalah Program Mesra Rakyat atau singkatannya PMR untuk siri yang pertama di Daerah Kota Kuala Muda. Ternyata program tersebut amatlah berkesan dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada rakyat jelata.

Ianya kemudian diteruskan pada siri-siri seterusnya di Daerah Padang Terap, Baling dan Padang Serai/Kulim. Pendekatan tersebut memberi impak yang cukup besar kerana rakyat dapat bertemu, mengadu, bermesra sendiri dengan MB kita dan pimpinan lain di dalam Kerajaan Negeri Kedah.

Kejayaan itu disulami dengan berita baik penjanaan ekonomi negeri, apabila Kedah tercatat sebagai negeri kedua terbesar pelabur luarnya di Malaysia pada suku tahun pertama, RM4 billion telah dicatat masuk sebagai pelaburan ke dalam negeri Kedah.

Dalam masa yang sama MB Kedah telah melancarkan kursus kahwin percuma di hampir setiap daerah, Kit Kelahiran untuk bayi yang baru lahir, khairat kematian dan bantuan pada pelajar- pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di IPT & IPTA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive