Friday 23 May 2014

KEPADA #DYANASOFYA !! UITM HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA #PRKTELUKINTAN #JOMPILIHMAH




Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik
masing-masing.

“Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.

“Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.

Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.

Shukri berkata: “Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno.”

Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil ‘JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme’ yang membantu pelajar yang ditaja JPA termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.

“Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara,” katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.

Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.

“Saya yakin UiTM telah melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Tanya UTAR dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka,” tegas Shukri.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Alumni UiTM

3 comments:

Anonymous said...

Dyana, pasai apa hang bodoh sangat. Karpal Singh pun tak saman UiTM kerana dia tahu UiTM ditubuhkan mengikut Perlembagaan Malaysia berdasarkan prinsip keadilan bukan kesamarataan. Ini adalah kontrak sosial yang tidak boleh diubah kecuali kalau orang melayu/bumiputra bodoh sangat untuk menyokong mengubah perlembagaan sediada. Dengan pertolongan Kerajaan pun kaum bumiputra jauh ketinggalan, apa tah lagi jika sistem merit digunakan. Kaum bumiputra akan merempat dibumi sendiri.

Tanpa UiTM aku rasa sekarang ini aku masih menoreh getah lagi. Sapa kata UiTM hanya untuk anak orang UMNO yang berada sahaja. Adik beradik aku dan kawan2 aku ramai yang tak dak kabel pun boleh masuk juga. Mungkin kau seorang saja kut pakai kabel. Bila bercakap jangan pakai hentam saja buat lah research sikit.

Anonymous said...

Si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAICELAKA/PKRSODOM yg. begitu DAJAL, asyik nak mempertikaikan hak, sejarah dan identiti BUMIPUTERA terutamanya BUMIPUTERA ISLAM/Melayu - selain dr. patut diPENJARA bawah undg-undg TERORISMA kerana mahu mencetuskan satu lagi 13 Mei, juga patut diSAMAN berjuta - sebab si PENDATANG/PENCEROBOH ni melanggar Kontrak Sosial utk- menghormati kaum Bumiputera di NEGARA ISLAM ini, spt. yg. dipersetujui sbg. syarat pemimpin kita bagi PENDATANG/PENCEROBOH sampai berjuta dpt- kerakyatan dgn. begitu senang! Sedangkan rakyat BUMIPUTERA biasa terutamanya umat Islam/Melayu - tidak ditanya!

Dan tak lama lagi memang bakal seluruh Tanah Melayu ISLAM pusaka nenek moyang kita jadi Palestin! Dahlah PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJALCELAKA mendapat Pulau Temasik dgn. begitu mudah dgn. bantuan ZIONIS-Mossad/Israel (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009), tapi akibat KETAMAKAN yg. amat JAHAT, masih tak berpuas hati - mahu si PENDATANG/PENCEROBOH ni RAMPAS seluruh Tanah Melayu ni! Bahkan ZIONIS/IsraelCELAKA dan ejen tempatan mereka dr. PAP-DAPBANGKAICELAKA/PKRSODOM berharap utk. menawan satu lagi 'Palestin' di Tanah Melayu ini, yg. kaya minyak-gas dan boleh disatukan dgn. Singapura, yg. terlalu kecil!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

DYANA Sofya = KAFIR kerana menolak Hudud. Sejahil-jahil ADUN UMNO pun mereka tidak menolak Hudud apabila dibentang oleh Nik Aziz di Kelantan dan juga Haji Hadi di Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive