Sunday, 24 November 2013

TAKZIAH DAN ALFATIHAH BUAT MAHFHZ OMAR !! KAH KAH KAH KAH




Takziah diucapkan kepada Mahfuz Omar atas kehilangan jawatan yang disayanginya selama ini dalam Pas iaitu jawatan Naib Presiden..

Mahfuz Omar hanya memperolehi 504 undi manakala Salahuddin memperoleh 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).

Jadi Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi 10.53 pagi tadi.

Pengesahan keputusan dilakukan selepas proses pengiraan semula dibuat semalam.

Pertandingan lima penjuru itu menyaksikan seorang lagi calon yang bertanding, Abu Bakar Chik kalah ..

3 comments:

Anonymous said...

untuk Mahpuz Bean, kurangkan bercakap dan berlawak bodoh, banyakkan buat kerja. Kan dah diterjemah kepada kertas undi... takziah

Anonymous said...

Syukur kerana Tuan Ibrahim menang. Setidaknya ada juga ulamak dalam Naib Presiden. Apa pun nampaknya pengaruh ulamak telah berjaya dikurangkan oleh Mat Sabu and the team. Dalam kepimpinan Pemuda juga team bukan ulamak lebih ramai. Dalam MKT juga bukan ulamak majoriti.

Adakah ini menunjukkan pengaruh ulamak semakin lemah dalam Pas ? Bukan pelik jika Mat Sabu naik jadi Presiden maka peranan ulamak hanya lah sebagai penasihat sahaja.

Dalam keadaan sekarang, saya rasa lebih selamat jika orang melayu di kampong cuba belajar mencari kelebihan yang Umno ada untuk melayu dan islam berbanding dengan yang dapat ditawarkan oleh Pas.

PRU14 memang jauh lagi tapi tak rugi kalau kita belajar mencari kebaikan Umno daripada sekarang. Saya percaya kekalahan Umno di PRK Sungai Limau, sudah memberikan satu mesej kepada pemimpin Umno ... " JANGAN LUPA KEPADA TANGAN2 YANG TELAH ANGKAT UMNO KE PUTRAJAYA PADA PRU13 YANG LALU ".

Insyallah kalau pemimpin Umno insaf dan sedar ... " TANGAN YANG SAMA JUGA YANG AKAN TERUS ANGKAT UMNO KE PUTRAJAYA PADA PRU14 NANTI ".

Ana Muslimah

Unknown said...

Betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive