Wednesday, 30 October 2013

#PRKSgLimau !! PEMUDA PAS KEDAH ANGGAP TPM TERSALAH CAKAP



Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria beranggapan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "tersalah cakap" ketika diminta media mengulas mengenai isu ucapan TPM, baru-baru ini.

Dalam ucapan di SMK Sungai Limau, 26 November lalu, TPM telah meminta semua pihak tidak mengaitkan kematian bekas penyandang kerusi DUN Sungai Limau, Allahyarham Ustaz Azizan Razak dengan tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula. Namun kenyataan TPM itu sengaja diputarbelitkan MalaysiaKini dan Harakah untuk mencetuskan provokasi.


Nasir ketika ditemui semasa lawatan TPM ke Madrasah Mazahidul Ulum, Bukit Choras turut meminta semua pihak agar tidak memanjangkan isu dan meneruskan sebarang provokasi berkenaan kejadian terbabit.

Dalam lawatan yang sama, TPM turut mengumumkan peruntukan RM400,000 untuk membantu pembinaan Madrasah tersebut yang sedang dijalankan.wak canang


2 comments:

Anonymous said...

SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?

Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.

Kes 1.

TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

Saya ada 2 versi jawapan :

Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".

Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

Ana Muslimah

myislam4all said...

politik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive