Wednesday 15 August 2012

GEMPAR !! MAYAT LELAKI DI TEMUI SELEPAS 2 HARI KEMALANGAN




Penduduk di Batu Putih KULIM digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 20 tahun dalam keadaan meniarap di parit berhampiran jalan utama di Batu Putih kira-kira jam 7.10 petang, kelmarin.

Dari siasatan dijalankan mendapati mangsa sudah dilaporkan hilang dua hari lalu oleh waris yang bimbang keselamatannya.

Ketua Trafik Kulim, Asistan Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan balik ke rumah. Tiba di tempat kejadian mangsa terbabas lalu merempuh papan tanda dan tayar yang ada di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam parit.

“Selain itu bahagian belakang motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya dipercayai menghempap kepala mangsa dan ini mengakibatkan kecederaan di bahagian kepalanya.



"Melihatkan keadaan mayat mangsa yang mula reput, polis percaya mayat mangsa terlibat dalam kemalangan itu sejak dua hari lalu. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

Ismail menasihatkan penunggang motosikal supaya memandu dengan lebih berhati-hati sepanjang melalui jalan Batu Putih kerana ia curam dan bengkang bengkok. Selain itu, kebanyakan selekoh yang ada di jalan itu terlalu tajam dan boleh mengakibatkan pengguna jalan raya terbabas..SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive