Wednesday 4 July 2012

TUDIAA !!! KERETA #MAEL LAMBUNG UNTUK DI LELONG !!!



Sudah tonton Mael Lambong di’pawagam? Bagus. Jika tidak anda terlepas antara filem Melayu wajib tonton tahun 2012 ini & ia’nya tidak akan ada di Astro First mahu pun Youtube.

Menurut kenyataan rasmi daripada Excellent Pictures hari ini, Mael Lambong telah berjaya mengutip RM5 juta sepanjang 11 hari tayangan dan kini masih hangat di’tonton.

Kutipan yang sangat baik kami kira di’kala kebanyakkan filem di Malaysia tahun ini sesak nafas untuk mendapatkan kembali modal yang di’labur. Oh filem tanah air’ku.

Dalam perkembangan berkaitan, kereta yang di’gunakan Mael Lambong dalam filem ini telah di’buka untuk bidaan daripada semua peminat dengan harga permulaan RM5,000.

Kereta drift merah berjenama TOYOTA SOARER E MZ II dengan kapasiti enjin setinggi 2500 cc ini telah di’gunakan Zizan Razak sepanjang penggambaran filem Mael Lambong.


“Ini merupakan satu penghargaan kepada peminat-peminat Mael Lambong di seluruh negara, kerana harga yang ditawarkan dengan spesifikasi seperti ini lebih murah dari harga pasaran,” ujar pengarah & penerbit Ahmad Idham hari ini.

Untuk membida kereta Mael Lambong ini, mereka yang berminat, diminta untuk melihat syarat bidaan di laman web syarikat iaitu www.excellentpictures.com.my juga di laman Facebook Mael Lambong untuk pertanyaan di Twitter Excellent Pictures iaitu @ExcellentPic_My atau hubungi 03.6201.5971

SUMBER

1 comment:

Syahrul said...

tudiaa...kena beli nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive