Wednesday, 4 April 2012

TUDIAA!!! PAS BERTERIMA KASIH KEPADA DAP KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA MEREKA??



Memang kini PAS sangat kuat, PAS sangat dominan. PAS begitu utuh dengan semangat asal perjuangannya menuju ke arah sebuah negara Islam. Siapa kata PAS dibawah telunjuk DAP? Siapa kata PAS di"keldai"kan oleh DAP dan PKR? Siapa kata?!!! Ini semua fitnah jahat dan dakwaan tidak berasas oleh UMNO yang terdesak..!!!

Cuba lihat betapa PAS mendominasi dasar Kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. Suka saya membawa semua pembaca melawat dan melihat apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang dibawah pakatan "rakyat". Negeri-negeri itu cukup Islamik. Kerajaan PAS Kedah pun kalah dengan semangat Islamisasi yang sedang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang!

Lihatlah berapa banyak rumah-rumah urut yang telah berjaya ditutup di Selangor. Saya telah menjelajah di seluruh Selangor, khususnya di Petaling Jaya, begitu banyak rumah-rumah urut yang telah ditutup. Beribu-ribu premis telah disita dan "tauke-tauke" rumah urut turut didakwa serta dihukum dengan cara Islam.

Di Selangor sudah tidak ada pub-pub, kelab malam, bar-bar ataupun lounge mewah yang menghidangkan arak. 7Eleven juga sudah diharamkan penjualan araknya. Malah, kilang Carlsberg dan GAB yang menghiasi Federal Highway juga mengalami kerugian dan hampir ditutup operasinya. Cukai arak juga dinaikkan 900 juta peratus!



Judi ekor? Zero! Tidak ada langsung di Selangor. Segala bentuk judi sudah tidak wujud dalam negeri Selangor. Magnum dan Toto diharamkan masuk ke kawasan Selangor. Jika berani van syarikat judi itu masuk, mereka akan dihambat oleh unit amal PAS untuk keluar dari negeri itu!

Mana ada kandang babi dalam Selangor! Tak ada. Mungkin awal-awal dulu DAP ada mintak Kerajaan "PAS" Selangor buat kandang babi mega. Namun PAS bantah. PAS baru jegilkan biji mata, terus DAP terdiam tak jadi mintak. Yang ada di Selangor hanyalah kandang "lembu" spesis pendek dan "halal-halal" belaka!

Ini semua kejayaan PAS Selangor dibawah Hasan Ali. DAP tak boleh buat apa. PKR pun hanya jadi "pak turut" kepada PAS. Khalid Ibrahim memang "double standard", dia melebihkan PAS berbanding DAP. Kesian kat DAP di"anak tiri"kan...

Kita sambung pula ke Pulau Pinang. Memang benar Guan Eng dilantik jadi MB Pulau Pinang. Namun hakikatnya, Pulau Pinang itu PAS yang perintah! Guan Eng tu hanya boneka saja. Apa yang berlaku di Selangor, turut berlaku di Pulau Pinang...

Tak ada maksiat di Pulau Pinang. Unit Amal PAS dah standby di segenap ceruk "port-port" maksiat di negeri itu. Batu Feringgi, Pantai Bersih, Padang Kota, Teluk Bahang, cakap saja dimana, Unit Amal PAS sudah bersedia membanteras maksiat. Hotel-hotel pun depa dah redah semua...!!!


Sebut pasal hotel, sebenarnya, semua hotel di Pulau Pinang sudah tidak menjual arak mahupun sebarang minuman yang memabukkan. Ini perintah "Khalifah" Guan Eng yang mencontohi Khalifah Umar ibnu Abdul Aziz! Semua pelayan hotel diwajibkan memakai tudung dan lebih afdhal berjilbab atau berpurdah. Pekerja hotel lelaki pula mestilah berjubah dan melilit serban besar. Lagi besar serban, lebih tinggi pangkat dan gajinya!

Di Pulau Pinang, tanah-tanah di sebelah pulau semuanya telah dikembalikan kepada rakyat dan diberikan geran sebagai jaminan. Kebanyakkannya diberikan kepada orang Melayu yang beragama Islam. Penduduk Kampung Buah Pala pun diberikan kembali tanah mereka. Rumah mereka yang telah dirobohkan tempohari telah digantikan dengan rumah banglo 3 tingkat setengah, diberikan sebuah kereta sport berserta driver sekali...

Orang-orang Cina di Pulau Pinang pula semakin terpinggir. Guan Eng tidak ada pilihan lain untuk mengkhianati bangsanya sendiri. Atas nama "setiakawan", Guan Eng terpaksa mendahulukan PAS dan dasar-dasar parti itu. Khabarnya Guan Eng sedang berusaha melaksanakan undang-undang hudud di Pulau Pinang, walaupun dia sendiri tak tahu apa itu Hudud...

Begitulah ceritanya kehebatan PAS mendominasi dalam pakatannya dengan DAP dan PKR. Sebenarnya DAP diperbudak-budakkan oleh PAS begitu saja. Dasar dan perjuangan PAS begitu konsisten dilaksanakan sebagaimana yang mereka perjuangkan sebelum ini. PKR pun tak boleh cakap apa. Kalau PKR bunyi sikit, siaplah dengan PAS, dilempangnya di Si Anwar! Tak pun dia fatwakan Anwar sebagai "peliwat", sesak nafas terus Pak Syiekh dibuatnya...

Jadi, jangan sekali-kali mengatakan PAS di"keldai"kan DAP dan PKR. PAS begitu dominan dalam perjuangannya dan dasarnya begitu hebat dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang. PAS hebat! Memang PAS hebat berbanding UMNO. Teruklah UMNO macam ni...

SUMBER

2 comments:

AKU BENCI SELEWENG said...

salam tuan :pohon link kan blog saya ke blog tuan. terima kasih konakapa.blogspot.com

Unknown said...

Ulasan yang kelakar tapi berbisa!! Best!!

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI - TAKDA RUMAH KE, MEMANG SENGAJA TAK NAK PINDAH, NURUL? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive