Wednesday, 21 March 2012

TUDIAA!! INGATAN ANAK MUDA KEPADA PAS


JIKA kerajaan Pas Kelantan berpendapat mereka mampu menutup suara, kesungguhan dan api perjuangan rakyat negeri itu daripada bangkit menuntut air bersih dengan menyatakan persetujuan melakukan migrasi, ia silap.

Sebaliknya, perjuangan lebih sejuta rakyat Kelantan yang menuntut hak asasi mereka kini memasuki dimensi baru apabila perkara itu akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Bagi rakyat Kelantan yang dinafikan hak sejak 22 tahun lalu, persetujuan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Utiliti, Kerja Raya dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman pada 7 Mac lalu sudah terlambat.

Pada mereka, persetujuan itu bukan penyelesai masalah, sebaliknya hanya usaha terdesak Kerajaan Pas Kelantan untuk cuci tangan selepas tersentak dengan kebangkitan luar biasa yang ditunjukkan rakyat sejak tahun lalu.

Nyata keazaman rakyat Kelantan kali ini luar biasa. Selepas siri demonstrasi-senario yang tidak pernah berlaku sejak 20 tahun lalu - mereka menuntut pula siasatan menyeluruh SPRM ke atas Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Tuntutan yang disuarakan melalui Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) berasas, kerana ia melibatkan peruntukan RM600 juta. Ke mana peruntukan itu dilaburkan? Jika diguna untuk meningkatkan kualiti air bersih, mana hasilnya?

Logikkah sehingga kini hanya 197,000 penduduk Kelantan yang menikmati air terawat AKSB? Apakah dengan peruntukan sebanyak RM600 juta itu hanya mampu membekalkan air bersih tidak sampai 200,000 penduduk?.

Lebih malang, apakah hanya itu pencapaian Pas Kelantan dalam isu air? Jumlah itu tidak masuk akal. Pas bukan baru setahun memerintah. Pas sudah mentadbir Kelantan sejak 1990 dan tahun ini tahun ke-22 mereka mentadbir.

Justeru, desakan MTRK agar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dipertanggungjawab atas kegagalan itu wajar kerana mustahil seorang Menteri Besar tidak mengetahui ke mana semua peruntukan berjumlah RM600 juta dihabiskan.

Ini kerana banyak dakwaan mengatakan peruntukan tersebut sengaja diseleweng. Jika tidak mengapa kos menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng menelan belanja RM58 juta, sedangkan kos sebenar cuma RM35 juta.

Hal yang sama berlaku dalam projek penukaran meter air. Daripada sejumlah 80,000 unit hanya 40,000 'smart meter' sahaja dipasang kerana selebihnya gagal berfungsi, sedangkan peruntukan RM12 juta telah diluluskan.

Soalnya siapa yang meluluskan semua ini? Mengapa sehingga kini baik Md. Anizam mahu pun Nik Abdul Aziz mengunci mulut? Kalau tidak benar dakwaan itu mengapa tidak nafikan?

Hakikatnya, sehingga hari ini penduduk Kelantan masih menagih ihsan Kementerian Kesihatan untuk mendapat bekalan air terawat kerana masih banyak daerah - walaupun dalam jajahan Kota Bharu-tiada paip air.


Kira-kira 40 peratus daripada 1.54 juta penduduk Kelantan pula terpaksa mencari bekalan air dari perigi, sungai, tadahan hujan serta telaga tiub untuk kegunaan harian walaupun menyedari air berkenaan tidak bersih.

Maka adalah sesuatu yang tidak menghairan penulis apabila seorang doktor muda, Mohd. Syafiq Suhaimi, 30, mengadu mengenai masalah kesihatan dua anaknya semasa pulang ke kampung, sempena cuti sekolah, Sabtu lalu.

Kebetulan, Mohd. Syafiq adalah rakan karib penulis semasa kami sama-sama membesar di Kampung Padang Mokan, Peringat (dalam jajahan Kota Bharu), Kelantan.

Menurut doktor yang bertugas di sebuah hospital di ibu kota, dua anaknya masing-masing berumur dua dan empat tahun terpaksa dimasukkan ke Hospital Sains Kubang Kerian (HUSM) selepas diserang cirit-birit teruk.

"Hasil diagnosis, cirit-birit itu berpunca akibat pencemaran air. Rumah mak aku di kampung masih pakai perigi dan airnya dicemari kuman tifoid. Mungkin berlaku resapan kerana jarak antara perigi dan tangki najis kurang 50 meter.

"Masalahnya ini bukan kali pertama anak aku kena cirit-birit. Tiga kali aku balik kampung, tiga kali anak aku sakit. Nasib baik aku dan isteri masih okey walaupun turut diserang cirit-birit," luahnya dalam nada marah.

Ironinya, Kampung Padang Mokan jaraknya kurang 20 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu tetapi sehingga sekarang, belum ada paip air milik AKSB disalurkan dan penduduk kampung rata-rata menggunakan air perigi.

Kawasan kampung pula dikelilingi sawah padi dan satu lagi masalah utama yang membelenggu penduduk, malah hampir keseluruhan rakyat Kelantan ialah ketiadaan tangki septik yang sistematik.

Keadaan itu menyebabkan penduduk mengambil inisiatif sendiri dengan menggali tangki najis persendirian bagi setiap rumah dan kebiasaannya, jarak antara tangki najis dan perigi tidak lebih dari 50 meter.

Sehubungan itu, pesan Mohd. Syafiq, jika perkara asas seperti air bersih pun gagal ditunai kerajaan Pas Kelantan, anak muda negeri itu yang rata-rata berpendidikan tinggi bakal memberi pengajaran berguna apabila tiba masanya kelak.

"Kita generasi muda Kelantan bukan lagi pengundi seperti era 90-an yang boleh diperdaya hanya dengan pentas ceramah. Isu keperluan air bersih ini tidak boleh ditutup bawah karpet, sampai bila rakyat perlu hidup begini.

"Usah bercakap soal negara kebajikan kalau isu asas begini pun tidak mampu diselesaikan. Semua ini memalukan, ketika umur aku menginjak 30-an, keluarga aku masih lagi menggunakan air perigi yang tercemar," luahnya.-Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA (RENCANA U.M)

BACA JUGA PENDEDAHAN MENARIK MASALAH TERBARU MENGENAI AIR DI KELANTAN OLEH RAKAN BLOGGER DOUBLE Y

MTK
600juta pas dah rembat masuk poket,tapi masalah air tak selesai jugak...tu pun ada hati buat janji lagi 17tahun masalah air akan selesai...kebajikan yang utama untuk rakyat pun tak boleh jaga macmana nak urus negara..Bengap punya pas..

1 comment:

Anonymous said...

Aku berkhidmat di kelantan tahun 76 hingga awal tahun 78..
air yang aku gunakan adalah dengan mengepam air dari tanah menggunakan pam air.. apabila keputusan belkalan letrik aku terpaksa menumpam pam tangan jiran rumah aku..
tahun 2010 apabila aku ke kelantan makan angin alat yang sama masih digunakan.. maknanya bukan 17 tahun tapi lebih 30 tahun masalah air dikelantan tak selesai..
satu lagi masalah yang aku hadapi adalah penyakit kulit sehingga aku terpaksa mengemis minta ditukarkan ke luar dari kelantan ...
rasanya orang kelantan lebih bijak dari aku.. so pikiur sendirilah.,.. jangan terlalu berpolitik ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive