Saturday, 25 January 2014

RIBUAN HADIR BERI PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT ARWAH TG HARUN TAIB




Lebih 5,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.17 tengah malam tadi.

Selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; barisan kepemimpinan Pas negeri dan kawasan, hadir meluangkan masa menziarahi arwah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir itu disolatkan di Markas Tarbiyyah Pas Kubang Lembek, Manir tepat pukul 10 pagi tadi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ untuk disemadikan.

Pemimpin Pas itu meninggal dunia akibat penyakit 'sepsis secondary to peripheral vascular' sehingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ dalaman badan berfungsi. - UTUSAN ONLINE

Friday, 24 January 2014

PANASS !!! BETUL KE NURUL IZZAH TAK PERNAH MINTAK CERAI ??



Permohonan tuntutan bercerai secara fasakh oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984, kira-kira dua minggu lalu.

Kes itu telah disebut kali pertama di hadapan Hakim Syarie, Ab. Malek Awang kelmarin -

Diatas adalah berita tentang kes penceraian Nurul Izzah, dibawah pula tweet Nurul Izzah nafi beliau meminta cerai

KAWASAN UTARA DAN PANTAI TIMUR MALAYSIA DILANDA SAJLI ??



Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataannya semalam mendedahkan bahawa suhu sejuk yang melanda di kawasan utara dan pantai timur semenanjung adalah disebabkan tiupan angin timur laut yang kencang dibawa dari Tanah Besar China dimana ketika ini negara berkenaan mengalami musim sejuk.

Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk tekanan tinggi bergerak ke Laut China Selatan dan membadai semenanjung Malaysia

Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.

Thursday, 23 January 2014

ISU KUIN ! TAJUL KENA TIKAM ATAU TAJUL TIKAM MUKHRIZ DARI BELAKANG ?? @MukhrizMahathir



Exco Pendidikan Kedah diminta untuk berfikir panjang dengan cadangan untuk berpindah ke Kuala Ketil. Exco ini dilihat terlalu obses untuk berpindah setelah mendapat taklimat daripada pihak Kuin. Sebenarnya apa yang ditaklimatkan oleh pihak KUIN telah pun ditaklimatkan kepada bekas Menteri Besar dulu, Arwah Ustaz Azizan.

Sekarang ini oleh kerana proposal tu tak menjadi, maka proposal itu ditaklimatkan pulak pada Tajul Urus untuk dibentangkan pada MB. Benda yang sama nak berulang dan diulang... Skrip yang sama dan tindakkan sama juga diambil.

Skuad Bersih berkata demikian kerana orang yang membentangkan pada Tajul Urus adalah orang yang sama yang menjahanamkan kerajaaan negeri dulu iaitu Hj B. Tak kan kerajaaan Kedah sekarang nak jadi macam kerajaan dulu.??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive