Tuesday, 20 January 2015

UCAPAN MB KEDAH YAB DS @MukhrizMahathir SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KEDAH



Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir

UCAPAN YAB DATO' SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

UCAPAN SEMBAH TAHNIAH
SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KEDAH

DI BALAI PENGHADAPAN, ISTANA ANAK BUKIT

PADA HARI AHAD, 18 JANUARI 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


Segala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat serta salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW dan ahli-ahli keluarganya serta para sahabat.

Mengadap

Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Dan

Yang Teramat Mulia Datin Seri DiRaja Puan Seri Dato’ Seri Tengku Maliha Binti Tengku Ariff, Tunku Puan Temenggong Kedah

Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri DiRaja Puan Seri Dato’ Nora Binti Abdullah, Toh Puan Laksamana Kedah

Thursday, 1 January 2015

DIARI 2014 YAB MB KEDAH DS @MukhrizMahathir #hanyadiKedah



Kedah Bertransformasi bersama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir!

Bermula dengan tema mendahulukan rakyat, MB kita bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri yang lain mula mengorak langkah untuk mendekati rakyat.

Maka bermulalah Program Mesra Rakyat atau singkatannya PMR untuk siri yang pertama di Daerah Kota Kuala Muda. Ternyata program tersebut amatlah berkesan dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada rakyat jelata.

Ianya kemudian diteruskan pada siri-siri seterusnya di Daerah Padang Terap, Baling dan Padang Serai/Kulim. Pendekatan tersebut memberi impak yang cukup besar kerana rakyat dapat bertemu, mengadu, bermesra sendiri dengan MB kita dan pimpinan lain di dalam Kerajaan Negeri Kedah.

Kejayaan itu disulami dengan berita baik penjanaan ekonomi negeri, apabila Kedah tercatat sebagai negeri kedua terbesar pelabur luarnya di Malaysia pada suku tahun pertama, RM4 billion telah dicatat masuk sebagai pelaburan ke dalam negeri Kedah.

Dalam masa yang sama MB Kedah telah melancarkan kursus kahwin percuma di hampir setiap daerah, Kit Kelahiran untuk bayi yang baru lahir, khairat kematian dan bantuan pada pelajar- pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di IPT & IPTA.

Friday, 19 December 2014

Menteri Besar Kedah @MukhrizMahathir Rasmi Summer Camp 2014 di Kem Paya Pahlawan




Jitra - YAB Dato Seri Haji Mukhriz telah merasmikan program Kedah Summer Camp 2014 kali ke 3 di Kem Paya Pahlawan.

Bagi 2014 lebih 11 ribu hadir dalam pelbagai program yang dianjurkan disini.

Penyertaan pelajar sekolah menengah untuk siri kali ini 19-21/12/2014 ini seramai 240 orang.

Program yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri ini adalah percuma.

Baru baru ini dalam pembentangan bajet, sebanyak RM 2 juta diperuntukkan untuk program program pembangunan insan seperti ini.

Tuesday, 25 November 2014

Pemenang Reka Jersey baru pasukan bola #Kedah #LangMerah @MukhrizMahathir





YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang rekacipta jersey pasukan bola sepak Kedah #LangMerah bagi musim 2015.

Pemenang diundi mengikut jumlah like di FB KFA dan dinilai oleh jawatankuasa pemilihan KFA.

Cara undian sebegini lebih terbuka.

Jersey yang dipilih juga memang menarik perhatian, malah design lain dari yang lain.

Tahniah pada pemenang!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive